Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Tentera Ukraine mungkin undur dari Lugansk

Langkah dekatkan Putin dengan matlamat tawan sepenuhnya wilayah di timur Kyiv
May 29, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Tentera Ukraine mungkin terpaksa berundur dari kubu mereka di Lugansk bagi mengelak ditawan pasukan Russia yang sedang mara dengan pantas di timur dan mula menukar momentum.



Pengunduran itu boleh membawa Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, lebih dekat kepada matlamat menawan sepenuhnya wilayah Lugansk dan Donetsk.



Tentera Russia kini berjaya bertapak di dua kawasan yang secara bersama dikenali sebagai Donbas, sementara terus membedil bandar-bandar menjadi padang jarak.



Gabenor Lugansk, Encik Serhiy Gaidai, berkata tentera Russia memasuki Sievierodonetsk, bandar terbesar di Donbas yang dipegang Ukraine, selepas cuba memerangkap pasukan itu di sana selama berhari-hari.



"Tentera Russia tidak akan dapat menawan wilayah Lugansk dalam beberapa hari ini seperti yang diramal penganalisis.



"Kami mempunyai kekuatan dan sumber mencukupi untuk mempertahankan diri sendiri. Bagaimanapun, ada kemungkinan untuk mengelakkan daripada ditangkap, kami terpaksa berundur," katanya.



Proksi pemisah Moscow, berkata mereka kini mengawal Lyman, hab kereta api di barat Sievierodonetsk.



Ukraine berkata Russia sudah menawan hampir keseluruhan Lyman, namun pihaknya menghalang kemaraan mereka ke Sloviansk.



Penasihat Presiden Ukraine, Encik Oleskiy Arestovych, berkata serangan tersusun kini ditunjukkan oleh tentera Moscow, yang dihalau dari ibu negara Kyiv pada Mac lalu, dengan memperbaiki taktik dan operasi mereka.



Sementara itu, Perdana Menteri Britain, Encik Boris Johnson, berkata tindakan Russia itu akan memberi kesan besar kepada Encik Putin dan tenteranya yang sedang mara di Donbas.



Pegawai Kesatuan Eropah (EU) berkata satu perjanjian akan dicapai esok untuk mengharamkan penghantaran minyak Russia melalui laut, yang menyumbang kira-kira 75 peratus bekalan blok itu.



Bagaimanapun, sekatan itu tidak dibuat bagi penghantaran menerusi saluran paip, tolak ansur bagi menjaga hati Hungary, dengan membuka sekatan baru.



Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelenskiy, mengkritik EU kerana bimbang mengenai pengharaman tenaga Russia dengan mengatakan blok itu membiayai usaha perang Moscow dan penangguhan bermakna lebih ramai rakyat Ukraine terbunuh.



Dalam panggilan telefon kepada Canselor Austria, Encik Karl Nehammer, Encik Putin berpegang pada kata-katanya bahawa krisis makanan global yang disebabkan oleh konflik itu boleh diselesaikan sekiranya Barat menarik balik sekatan.



Russia dikenakan sekatan selepas Encik Putin mengarahkan tentera Russia mencerobohi Ukraine pada 24 Februari lalu.



Sekatan dan tindakan ketenteraan menjejas teruk pembekalan baja, gandum serta komoditi lain dari Russia dan Ukraine.



Kedua-dua negara itu menyumbang 30 peratus kepada bekalan gandum dunia.



Encik Putin juga menyentuh tentang "langkah-langkah yang diambil bagi menjaga keselamatan pengemudian, termasuk pembukaan koridor kemanusiaan untuk kapal-kapal awam keluar dari pelabuhan Azov dan Laut Hitam, yang disekat pihak Ukraine".



Encik Putin turut menolak dakwaan bahawa Russia wajar dipersalahkan atas krisis bekalan makanan pada pasaran global, sambil menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >