Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tentera Ukraine undur dari pusat industri, ulang rayuan minta Barat kirim senjata

Jun 15, 2022 | 05:30 AM



KRAMATORSK: Ukraine kelmarin berkata, pasukan tenteranya terpaksa berundur dari pusat bandar perindustrian utama Sievierodonetsk, di mana Presiden Volodymyr Zelensky berkata, pertempuran di situ telah membabitkan ramai orang terkorban pada tahap yang amat "menakutkan."



Dengan perang yang kini sudah berlangsung 16 minggu - sekali gus menguji keupayaan askar Ukraine hingga melampaui batasannya - Kyiv telah mengulangi semula rayuannya agar negara-negara Barat menawarkan senjata tambahan untuk membendung keganasan Moscow.



Bandar Sievierodonetsk dan Lysychansk telah diserang sepanjang beberapa minggu kerana ia merupakan kawasan terakhir yang masih dikuasai Ukraine di rantau timur Luhansk.



Gabenor daerah Sergiy Gaiday berkata kelmarin, Russia menguasai 70 hingga 80 peratus bandar Sievierodonetsk namun belum menguasai sepenuhnya atau mengepungnya.



"Mereka telah memusnahkan semua jambatan, dan ia mustahil untuk memasuki bandar itu lagi. Pemindahan juga tidak boleh dilakukan lagi," katanya kepada saluran media Radio Free Europe.



Encik Zelensky, dalam ucapan hariannya kepada penduduk Ukraine berkata: "Kos kemanusiaan dalam pertempuran ini sangat tinggi buat kami. Ia amat menakutkan".



Minggu lalu, Ukraine mendedahkan angka korbannya - satu perkara yang jarang dilaporkan.



Menteri Pertahanan, Encik Oleksiy Reznikov, berkata terdapat sehingga 100 askar yang terkorban setiap hari dan seramai 500 orang tercedera - bertambah daripada sekitar 60 hingga 100 askar Ukraine yang diramalkan akan mati setiap hari oleh Encik Zelensky pada 1 Jun.



Kini, sedang daerah Luhansk semakin dikepung oleh Russia, askar Ukraine yang berada di kawasan tersebut hanya mempunyai dua pilihan, "menyerah kalah atau mati," kata Encik Eduard Basurin, seorang wakil pengikut faham pemisahan yang berpihak kepada Russia.



Jika Sievierodonetsk berjaya dikuasai Russia, ia akan membuka laluan kepada satu lagi bandar besar, iaitu Kramatorsk.



Bandar tersebut adalah sebahagian rancangan Moscow untuk menguasai Donbas, sebuah daerah yang kebanyakan diduduki penduduk berbahasa Russia, mungkin kerana ia turut dikuasai pengikut pemisahan yang berpihak dengan Kremlin sejak 2014.



Askar Ukraine telah bertempur di setiap bandar dan kampung yang telah dimasuki penyerang, kata Encik Zelensky kelmarin sebagai satu mesej untuk menandakan ulang tahun ke-lapan pembebasan bandar Mariupol sejak konflik negara itu dengan Russia pada 2014.



Namun, Mei lalu, askar Russia telah berjaya menguasai kota pelabuhan selatan Ukraine itu selepas ia diserang beberapa minggu.



"Kami kini sedang melawan untuk mendapatkannya kembali dan juga bagi seluruh Ukraine," kata Encik Zelensky lagi. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >