Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

WACANA

Terima kasih Presiden Halimah, presiden berjiwa rakyat

Jun 04, 2023 | 05:30 AM



PENGUMUMAN Presiden Halimah Yacob bahawa beliau tidak akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden akan datang, yang dijadual menjelang September ini, membuat banyak pihak bersedih hati. Namun keputusan presiden wanita pertama Singapura itu, selepas enam tahun memegang jawatan tertinggi negara, perlu dihormati.

Ramai pemimpin negara, masyarakat, pertubuhan di samping rakyat jelata melahirkan rasa penghormatan mereka dan menyampaikan rasa terima kasih terhadap dedikasi beliau sebagai Ketua Negara. Sesungguhnya, presiden berjiwa rakyat itu telah memberi sumbangan besar kepada kemajuan negara termasuk dalam menggalak perpaduan sosial dalam kalangan rakyat merangkumi pelbagai masyarakat, keperluan dan latar belakang.

Bahkan di peringkat luar negara, Puan Halimah juga memainkan peranan cemerlang sebagai wakil Singapura sehingga sering mendapat sanjungan pemimpin luar negara.

Antara pemimpin Singapura yang pernah bekerjasama dengan Puan Halimah adalah Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong. yang berkata bahawa Puan Halimah telah “berkhidmat dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi, belas kasihan dan kelembutan”.

“Presiden Halimah memperjuangkan masyarakat dengan berakar umbi dalam sifat empati dan kebaikan dan sentiasa memberi perhatian khusus kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan rentan. Saya telah bekerja bersamanya paling rapat dalam peranannya sebagai penjaga rizab kita,” katanya mengenai Puan Halimah yang diisytiharkan sebagai presiden negara ini pada September 2017.

Sepanjang tempohnya sebagai presiden, Puan Halimah memperjuangkan banyak perkara yang dekat dengan hati rakyat. Ini termasuk mengetengahkan isu golongan kurang bernasib baik, kemajuan kaum wanita, sokongan kepada pekerja lanjut usia, membangunkan masyarakat yang lebih inklusif digital dan menyokong golongan penjaga kepada pesakit. Beliau juga merupakan penyokong kuat pembangunan hubungan silang agama dan menggalak dialog pelbagai budaya.

Semasa tempoh kepimpinannya, Singapura dilanda wabak Covid-19 yang memberi kesan besar kepada negara dan penduduk. Ekonomi negara ini amat terjejas, dengan nyawa dan pencarian pendapatan rakyat benar-benar terkesan.

Pada masa itulah, Puan Halimah meluluskan permohonan pemerintah untuk mengambil daripada rizab lalu – $52 bilion pada tahun kewangan 2020, $11 bilion pada tahun kewangan 2021 dan $6 bilion pada tahun kewangan 2022, demi melindungi nyawa dan pendapatan rakyat.

Tindakan berani lagi pantas itu bukan sahaja telah terbukti tepat dan mampu menyelamatkan Singapura dalam menghadapi penularan wabak paling serius yang pernah dihadapi negara ini, bahkan membantu negara ini bangkit semula dalam tempoh poswabak, dengan Singapura antara negara di dunia yang paling awal bangkit dan pulih daripada kesan ekonomi yang mencabar. Banyak negara lain memerlukan tempoh lebih lama.

Sebagai presiden Melayu kedua selepas Presiden Yusof Ishak, pelantikan Puan Halimah amat dialu-alukan masyarakat Melayu/Islam setempat. Beliau memberi sumbangan besar kepada landskap sosial masyarakat seperti dalam isu kesihatan, golongan kurang upaya, wanita dan sebagainya.

Namun, sumbangan beliau melepasi peringkat masyarakat bahkan turut memberi sumbangan besar di peringkat nasional termasuk dalam mendukung Cabaran Presiden, isu sosial pekerjaan sehingga mendapat pujian dan pengiktirafan banyak pihak, termasuk mereka yang pada awalnya kurang yakin akan Puan Halimah, yang menang tanpa bertanding pada pilihan raya presiden 2017.

Kini, Puan Halimah telah membuktikan keupayaannya dalam melakukan tanggungjawab sebagai Ketua Negara dengan cemerlang, sehingga mendapat pengiktirafan daripada dalam dan luar negara. Beliau merupakan antara pemimpin wanita cemerlang yang pernah dilahirkan di negara ini yang menjadi contoh kepada pemimpin generasi akan datang demi menjadikan Singapura lebih makmur, maju dan inklusif. Terima kasih Presiden Halimah Yacob.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >