Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Terlepas tangan bapa, budak 3 tahun maut dilanggar kereta di Trengganu

Apr 12, 2021 | 05:51 PM



DUNGUN: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut dirempuh sebuah kereta di Jalan Kampung Wa, dekat Jerangau, malam tadi, selepas terlepas daripada pegangan tangan bapanya.



Dalam kejadian jam 8.30 malam, kanak-kanak itu, Mu'Tahal Assalami, meninggal dunia di tempat kejadian akibat luka parah pada kepala dan badannya.



Bapanya, Assalami Ahmad, 61, berkata beliau sedih kerana kejadian anak bongsunya tercampak selepas dirempuh kereta berlaku di hadapan matanya.



Katanya, sebelum kejadian, beliau bersama isteri dan enam lagi anaknya ke sebuah restoran untuk makan malam.



"Ketika tiba di restoran, saya memegang tangan dia dan ketika menulis nama dan memeriksa suhu badan, tiba-tiba tangan anak terlucut daripada pegangan.



"Dia berlari ke tengah jalan dan saya cuba mengejarnya namun gagal. Dia dilanggar kereta sebelum dia tercampak kira-kira 20 meter," kata beliau.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi berkata, ketika kejadian, pemandu kereta berusia 25 tahun itu gagal mengelak sebelum merempuh mangsa.



"Mayat dibawa ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarganya.



"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - BH Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >