Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Umno tidak akan kerjasama dengan PKR pada pilihan raya: Ahmad Zahid

Nafi dakwaan Anwar dua parti bincang kerjasama
Mar 25, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata partinya tidak akan bekerjasama dengan pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum akan datang.



Beliau juga menolak dakwaan bahawa dua parti itu telah membincangkan kerjasama tersebut.



Datuk Ahmad Zahid berkata Umno akan hanya bekerjasama dengan rakan komponennya di bawah panji Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang, dan sebarang kemungkinan kerjasama dengan PKR akan hanya diteroka selepas pilihan raya itu.



Beliau memberi ulasan tersebut setelah presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengatakan pada 16 Mac lalu beliau telah bertemu beberapa pemimpin Umno untuk membincangkan kemungkinan kerjasama politik walaupun mereka belum membuat keputusan.



"Ya, Anwar dan saya berjumpa di Parlimen (dan) pada majlis perkahwinan, tetapi tidak ada perbincangan sama sekali, secara rasmi atau tidak rasmi.



"Tidak dengan saya, tidak juga dengan Mat Hassan (timbalan presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan)," kata Datuk Ahmad Zahid dalam satu wawancara menjelang perhimpunan agung Umno yang akan diadakan pada 27 hingga 28 Mac.



Ketika ditanya apakah ada pemimpin Umno bertemu Datuk Anwar mengenai kerjasama itu, beliau berkata: "Anda harus bertanya kepadanya dengan siapa beliau berbincang, tetapi Umno belum membenarkan sebarang wakil untuk mengadakan perbincangan seperti itu.



"Umno telah menjadi sebahagian gabungan Barisan sejak dibentuk pada 1973 dan sejak itu bertanding di bawah panjinya (BN) dalam setiap pilihan raya."



Pada 19 Februari, Umno mengumumkan parti itu tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pilihan raya akan datang dan kerjasama sekarang antara dua parti itu akan berakhir apabila Parlimen dibubar.



Mengenai apakah Umno bersedia menjalin kerjasama dengan PKR, Datuk Ahmad Zahid mengatakan sebarang kemungkinan boleh berlaku selepas pilihan raya umum akan datang.



"Tetapi buat masa ini, tidak ada perbincangan, tidak dengan PKR, tidak dengan DAP (Parti Tindakan Demokratik), tidak dengan Pakatan Harapan," ulangnya.



Umno memerintah Malaysia lebih 60 tahun bersama rakannya dalam BN hinggalah mereka dikalahkan oleh gabungan pembangkang Pakatan Harapan pada pilihan raya umum 2018.



Parti itu kini menjadi anggota pakatan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, presiden Bersatu. Tetapi Umno sering bertelagah dengan Bersatu.



BN kini merangkumi empat parti - Umno, Persatuan Cina Malaysia (MCA), Kongres India Malaysia (MIC) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).



Mengenai kerjasama Umno dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Ahmad Zahid berkata dua parti itu masih bekerjasama dalam semangat Muafakat Nasional (MN).



"Tetapi terserah kepada mereka. Sekiranya mereka merasa lebih selesa bekerja dengan pihak lain, mereka boleh meneruskannya," ujar beliau.



PAS dan Umno membentuk Muafakat Nasional pada 2019, tetapi PAS juga anggota gabungan PN bersama Bersatu.



Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin, berjanji pada 1 Mac akan mengadakan pilihan raya umum selepas pandemik Covid-19 berakhir, bagi menamatkan pergolakan politik yang menjejas pentadbirannya sejak beliau berkuasa tanpa pilihan raya lebih setahun lalu. - The Star.




TIDAK BINCANG DENGAN PKR



"Ya, Anwar dan saya berjumpa di Parlimen (dan) pada majlis perkahwinan, tetapi tidak ada perbincangan sama sekali, secara rasmi atau tidak rasmi. Tidak dengan saya, tidak juga dengan Mat Hassan (timbalan presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan)... buat masa ini, tidak ada perbincangan, tidak dengan PKR, tidak dengan DAP (Parti Tindakan Demokratik), tidak dengan Pakatan Harapan."
- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Umno.



TERSERAH PADA PAS



"Tetapi terserah kepada mereka (PAS). Sekiranya mereka merasa lebih selesa bekerja dengan pihak lain, mereka boleh meneruskannya."
- Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >