Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Thai catat 31 kematian baru Covid-19

May 4, 2021 | 5:30 AM
BASMI KUMAN: Seorang pekerja pembersihan yang mengenakan pakaian pelindung diri (PPE) menyembur kimia basmi kuman di tempat duduk di stesen kereta api di Hua Lamphong, Bangkok, pada 1 Mei lalu, di tengah-tengah gelombang terbaharu kos koronavirus di Thailand. - Foto AFP
BASMI KUMAN: Seorang pekerja pembersihan yang mengenakan pakaian pelindung diri (PPE) menyembur kimia basmi kuman di tempat duduk di stesen kereta api di Hua Lamphong, Bangkok, pada 1 Mei lalu, di tengah-tengah gelombang terbaharu kos koronavirus di Thailand. - Foto AFP -

BANGKOK: Thailand mencatat 31 kes kematian baharu akibat Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kematian setakat ini ialah 276 sejak pandemik itu melanda negara tersebut pada Januari tahun lalu.

Kementerian Kesihatan Thailand melaporkan 2,041 kes baharu Covid-19 sepanjang 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes mencecah 71,025 sejak pandemik bermula tahun lalu.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Dr Apisamai Srirangsan berkata kelmarin, kes kematian melibatkan penduduk di Bangkok, Chiang Mai, Chonburi dan Lamphun serta Nakhon Pathom, Nakhon Sawan, Rayong, Tak dan Udon Thani.

Timbalan jurucakap Kementerian Luar, Encik Natapanu Nopakun, dipetik agensi berita Bernama sebagai berkata, Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) akan meningkatkan pengesanan kes aktif di bawah bidang kuasanya dalam usaha memutuskan rantaian penularan Covid-19.

"BMA akan melaksanakan pengesanan kes aktif di lima daerah mulai esok. Dengan pengesanan awal, kami berharap dapat mencegah penularan Covid-19 dengan mengesan dan mengasingkan kontak rapat untuk memutuskan rantaian penularan," katanya pada taklimat harian Covid-19 di sini, kelmarin.

Mengenai vaksinasi, beliau berkata Thailand telah memvaksinasi hampir 1.5 juta rakyatnya setakat ini, kebanyakannya adalah kakitangan perubatan barisan hadapan dan kumpulan berisiko tinggi dengan vaksin Sinovac dan AstraZeneca Covid-19 yang diimport.

Kementerian Kesihatan Awam Thailand pula memaklumkan lebih 430,000 orang telah mendaftar untuk vaksinasi Covid-19 yang bermula pada Sabtu.

Inokulasi itu ditetapkan pada Jun untuk rakyat Thailand yang berusia 60 tahun dan ke atas dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang menghidap penyakit kronik.

Kementerian itu menyasarkan untuk memberi vaksin kepada 16 juta orang di bawah fasa pertama pendaftaran.

Inokulasi besar-besaran yang akan pada bermula Jun kelak diharap dapat memenuhi keperluan rakyat, yang disasarkan dapat mencapai 61 juta dos vaksin AstraZeneca yang dihasilkan dalam negara. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg