Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Thailand sahkan dua kes mikrosefali berkaitan Zika

Sep 30, 2016 | 3:05 PM
Seorang pekerja melakukan pengasapan dalam usaha mengawal penularan virus Zika di sebuah sekolah di Bangkok pada 14 September 2016.
Seorang pekerja melakukan pengasapan dalam usaha mengawal penularan virus Zika di sebuah sekolah di Bangkok pada 14 September 2016. - GAMBAR AFP

BANGKOK: Thailand mengesahkan pada Jumaat (30 Sept) virus Zika telah menyebabkan dua kes mikrosefali di negara itu, kali pertama penyakit tersebut dikaitkan dengan Zika di Asia Tenggara.

Bayi yang dilahirkan dengan mikrosefali mempunyai saiz kepala luar biasa kecil, yang biasanya dikaitkan dengan perencatan mental.

"Ringkasnya, kita mendapati dua kes kepala kecil dikaitkan dengan Zika, kes pertama di Thailand," kata Dr Prasert Thongcharoen, penasihat kepada Jabatan Kawalan Penyakit, kepada wartawan di Bangkok.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata ia kes mikrosefali berkaitan Zika pertama di Asia Tenggara.

Kementerian Kesihatan Awam Thailand minggu ini berkata ia sedang menyiasat empat kes yang disyaki mikrosefali berkaitan Zika melibatkan tiga bayi dan satu bayi dalam kandungan 37 minggu. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg