Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Thailand tangguh pelaksanaan caj pelancong asing sehingga 2026

Jul 15, 2025 | 1:27 PM
Pelancong kelihatan berada di dalam kawasan Grand Palace, salah satu destinasi pelancongan popular di Bangkok, Thailand, pada 20 Mei 2025.
Pelancong kelihatan berada di dalam kawasan Grand Palace, salah satu destinasi pelancongan popular di Bangkok, Thailand, pada 20 Mei 2025. - Foto REUTERS

BANGKOK: Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand telah mengumumkan penangguhan pelaksanaan caj pelancong asing yang dirancang sejak sekian lama, yang dikenali dikalangan warga tempatan sebagai Kha Yeap Pan Din (bermaksud “memijak tanah Thailand”).

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa langkah tersebut tidak akan dikuatkuasakan pada tahun 2025 seperti yang dirancang sebelum ini.

Encik Chakrapol Tangsutthitham, Penolong Menteri Pelancongan dan Sukan, menyatakan bahawa keputusan ini dibuat selepas semakan semula oleh Menteri Sorawong Thienthong, yang menganggap bahawa masa pelaksanaan sekarang tidak sesuai memandangkan ketidaktentuan global yang masih berterusan.

“Kita perlu menunggu untuk menilai permintaan pelancong antarabangsa semasa musim kemuncak pada suku keempat tahun ini,” jelas Encik Chakrapol, sambil menambah bahawa kementerian memerlukan lebih masa untuk mengkaji butiran pelaksanaan serta menentukan struktur kadar yang sesuai berdasarkan mod perjalanan — darat, laut, kereta api atau udara.
Setakat ini, caj kemasukan pelancong itu dijangka akan diperkenalkan pada suku kedua atau ketiga tahun 2026.

Caj yang telah diluluskan secara prinsip oleh Kabinet pada Februari 2023 itu ditetapkan pada kadar 300 baht (S$11.80) bagi ketibaan melalui udara, dan 150 baht bagi ketibaan melalui darat atau laut.

Hasil kutipan daripada caj ini akan digunakan untuk meningkatkan mutu tapak pelancongan serta membiayai perlindungan insurans untuk pelawat asing. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg