Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Thailand umum sekatan baru kekang penularan Covid-19

Jun 28, 2021 | 05:30 AM



BANGKOK: Thailand semalam mengumumkan sekatan baharu yang berpusat di ibu kota Bangkok dalam usaha memerangi wabak Covid-19.



Sekatan terbaru itu akan dilaksanakan selama 30 hari bermula hari ini.



Sekatan itu termasuk penutupan enam tapak pembinaan manakala pergerakan keluar masuk rumah buruh pembinaan juga dikawal ketat.



Ia merangkumi antaranya larangan makan di restoran, pusat membeli-belah ditutup pada 9 malam, pesta dan perayaan serta aktiviti melibatkan perhimpunan lebih 20 orang turut tidak dibenarkan.



Termasuk juga dalam sekatan, arahan penutupan tapak pembinaan dan tempat tinggal pekerja binaan, bagi membendung penularan kluster baharu.



Arahan itu menyusul selepas lebih banyak kluster baharu muncul daripada tapak pembinaan di ibu negara itu, yang mempunyai 575 tapak pembinaan dan lebih kurang 81,000 pekerja binaan itu.



Sejak Mei, 37 kluster direkodkan melibatkan tempat tinggal pekerja di Bangkok.



Pihak berkuasa juga akan mendirikan pusat pemeriksaan di Bangkok untuk mengehadkan perjalanan dan penempatan semula pekerja binaan.



Pusat pemeriksaan itu juga akan ditempatkan di empat wilayah selatan negara itu berdekatan dengan Malaysia.



Pada Jumaat, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mengarahkan semua tapak pembinaan dan kem pekerja di Bangkok serta wilayah berdekatan ditutup sebulan berikutan kemunculan banyak kelompok pekerja binaan di bandar raya itu.



Media tempatan melaporkan terdapat kira-kira 575 tapak binaan di Bangkok dengan kira-kira 81,000 pekerja dan ada 37 kelompok melibatkan kem berkenaan.



Selain itu, empat wilayah selatan iaitu Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla, juga akan dikenakan arahan sekatan pergerakan selama sebulan.



Kelmarin, Thailand mencatatkan 4,161 kes baru Covid-19 dan 51 lagi kematian termasuk seorang remaja 15 tahun, dalam tempoh 24 jam lalu.



Secara keseluruhan, Thailand kini merekodkan 240,452 kes jangkitan dan 1,870 kematian akibat koronavirus setakat ini.



Bangkok kekal mencatatkan jumlah kes baru tertinggi iaitu sebanyak 1,276 diikuti Samut Prakan (322), Chon Buri 320, Samut Sakhon (291), Songkhla (215), Pattani (150), Nakhon Pathom (135) dan Yala (135). - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >