Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SEKITAR PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

'Tiada isu jika ada orang nak tanding bagi 2 jawatan utama Umno'

Namun, Tok Mat tak syorkan langkah yang boleh sebabkan perpecahan dalam parti
Jan 13, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata beliau tidak ada sebarang isu jika ada mana-mana pihak mahu bertanding dan mencabar dua jawatan tertinggi Umno dalam pemilihan parti itu tidak lama lagi.



Menurutnya, sebagai parti yang mengamalkan demokrasi, proses pertandingan untuk mana-mana jawatan adalah perkara biasa.



Tambahan pula, katanya, Umno bukan lagi mensyaratkan kuota tertentu untuk seseorang calon seperti yang pernah berlaku dalam parti itu suatu ketika dulu.



"Sekarang ini senang saja, ada seorang penyokong dan pencadang, off you go (silakan). Jadi terpulanglah, tepuk dada tanya selera," katanya kepada media di Kuala Lumpur.



Pun begitu Datuk Mohamad berpendapat dalam keadaan Umno sudah "jatuh terduduk" ekoran kesan keputusan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) pada November tahun lalu, ada baiknya jawatan utama parti tidak dipertandingkan.



"Kalau boleh dalam keadaan kita dah jatuh terduduk begini, sebaiknya jawatan presiden dan lain-lain tu eloklah menang tanpa bertanding... Itu sebaiknya.



"Kalau ada pertandingan sedikit sebanyak ia akan ada perpecahan dalam parti," katanya.



Terdahulu, menteri pertahanan itu hadir di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur untuk merasmikan persidangan tiga sayap Umno malam kelmarin.



Isu pertandingan jawatan Umno menjadi perhatian selepas segelintir ahli parti menunjukkan rasa tidak senang dengan kepimpinan presiden mereka, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, khususnya ekoran kerjasama parti itu dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan pusat serta beberapa negeri.



Ia mendorong beberapa pihak mencadangkan agar beliau digantikan.



Kelmarin, Datuk Ahmad Zahid memberitahu bahawa pemilihan parti akan tetap diadakan sebelum 19 Mei.



Sementara itu, mantan menteri kesihatan yang juga ahli kanan Umno, Encik Khairy Jamaluddin, yakin Datuk Ahmad Zahid seorang 'pejuang' dan tidak akan sesekali gentar untuk menghadapi saingan sekiranya kedudukannya sebagai presiden dicabar dalam pemilihan parti.



Justeru, Encik Khairy berkata Umno seharusnya membuka ruang jawatan presiden untuk dipertandingkan bagi mengekalkan demokrasi dalam parti politik Melayu itu.



"Hentikan kegilaan ini, saya rasa presiden adalah seorang pejuang yang tidak gentar menghadapi pencabar.



"Buka ruang pertandingan. Jangan matikan demokrasi dalam Umno," katanya melalui muat naik di Instagram.



Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan 140 Ketua Umno Bahagian yang mengumumkan sokongan supaya dua jawatan utama parti tidak dipertandingkan pada pemilihan yang akan diadakan sebelum 19 Mei.



Pengerusi Solidariti Ketua-Ketua Bahagian Umno, Datuk Seri Dr Mohd Shafie Abdullah, yang mengetuai kumpulan itu, berkata ia sebagai persediaan menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN), sekali gus memerlukan solidariti semua pihak bagi menyokong kepimpinan Datuk Ahmad Zahid.



Perhimpunan Agung Umno kini berlangsung mulai kelmarin hingga esok. - Malaysiakini, BHM.




"Kalau boleh dalam keadaan kita dah jatuh terduduk begini, sebaiknya jawatan presiden dan lain-lain tu eloklah menang tanpa bertanding... Itu sebaiknya. Kalau ada pertandingan sedikit sebanyak ia akan ada perpecahan dalam parti."
- Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >