Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tiada kematian dalam nahas pesawat di Mexico

Aug 01, 2018 | 06:49 PM



MEXICO CITY: Beberapa orang cedera apabila sebuah pesawat syarikat penerbangan Aeromexico terbabas sejurus selepas berlepas di Durango, Mexico, semalam (31 Julai) tetapi pihak berkuasa berkata kebanyakan mereka tidak cedera teruk.



Tiada orang juga terkorban akibat nahas itu.



Pesawat bersaiz sederhana itu hampir penuh, dengan 97 penumpang dan empat kru kabin, apabila ia terbabas sekitar 4 petang waktu tempatan, menurut Menteri Perhubungan dan Pengangkutan Mexico, Encik Gerardo Ruiz Esparza, menerusi laman Twitter beliau.



Seorang penumpang, Cik Jackeline Flores, memberitahu media beliau dan anak perempuannya terselamat apabila mereka keluar menerusi sebuah lubang pada pesawat berkenaan.



Meskipun pasport dan dokumen peribadinya hangus terbakar akibat nahas itu, beliau bersyukur dirinya selamat.



Jurucakap agensi perlindungan awam Durango, Encik Alejandro Cardoza, berkata pesawat itu membuat pendaratan kecemasan sekitar 10 kilometer dari lapangan terbang tempat ia berlepas.



Pengendali lapangan terbang Durango itu berkata nahas itu berpunca daripada keadaan cuaca buruk, berdasarkan siasatan awal. -REUTERS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >