Topik diikuti
Pergi ke BHkuTiada kematian jangkitan Covid-19 dicatat di M'sia buat pertama kali
Tiada kematian jangkitan Covid-19 dicatat di M'sia buat pertama kali
Tiada kematian jangkitan Covid-19 dicatat di M'sia buat pertama kali
KUALA LUMPUR: Buat kali pertama, Malaysia kelmarin tidak merekodkan sebarang kes kematian akibat jangkitan COVID-19.
Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin, berkata kali terakhir negara itu merekodkan sifar kes kematian ialah pada 18 bulan lalu, iaitu 18 Disember 2020.
"Hari ini (19 Jun), buat pertama kali sejak 18 Disember 2020, Malaysia melaporkan sifar kematian akibat Covid-19.
"Peralihan berterusan kita kepada fasa endemik ditentu ukur dan dipacu oleh data. Sama-samalah kita berdoa ia terus membuahkan hasil," katanya dalam catatan di Twitter lewat malam kelmarin.
Malaysia kali pertama mencatatkan kes kematian akibat Covid-19 ialah pada 17 Mac 2020 dan, sehingga kini, jumlah angka korban terus meningkat kepada 35,732 kes.
Daripada jumlah yang dilaporkan itu, sebanyak 7,579 kes adalah kematian di luar fasiliti kesihatan atau pesakit meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan. lapor Berita Harian Malaysia.
Sepanjang penularan Covid-19 di negara ini, paling tinggi kes kematian dilaporkan adalah pada 22 September 2021, dengan 487 kes direkodkan dan daripada jumlah berkenaan, sejumlah 161 kes adalah di luar fasiliti kesihatan.
"...Buat pertama kali sejak 18 Disember 2020, Malaysia melaporkan sifar kematian akibat Covid-19.
Peralihan berterusan kita kepada fasa endemik ditentu ukur dan dipacu oleh data. Sama-samalah kita berdoa ia terus membuahkan hasil." - Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin, dalam satu catatan di Twitter.
