Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Tiada konspirasi AS' untuk jatuhkan Imran Khan

Apr 24, 2022 | 05:30 AM



ISLAMABAD: Majlis Keselamatan Negara Pakistan menolak tuduhan perdana menteri yang diguling, Encik Imran Khan, bahawa Amerika Syarikat berkomplot menjatuhkan pemerintahannya melalui undi percaya di Parlimen.



Imran, 69 tahun, yang memimpin negara Asia Selatan bersenjata nuklear dan mempunyai 220 juta penduduk itu tiga setengah tahun, menuduh Washington menyokong konspirasi menyingkirkannya.



Imran dilaporkan berkata beliau sebelum ini melawat Moscow, yang bertentangan dengan nasihat Amerika. Washington menafikan tuduhan itu.



Bekas duta besar Pakistan ke Amerika, Encik Asad Majeed, yang menulis satu kabel kepada Islamabad berhubung pandangan Washington terhadap lawatan Imran ke Moscow, memberi taklimat kepada pemimpin awam dan tentera pada sebuah forum yang diadakan Jawatankuasa Keselamatan Negara (NSC).



"NSC selepas mengkaji kandungan komunikasi, penilaian yang diterima dan kesimpulan yang dikemukakan agensi keselamatan, membuat kesimpulan tidak ada konspirasi," kata satu kenyataan pejabat Perdana Menteri baru, Encik Shehbaz Sharif.



Ia berkata agensi perisik utama negara itu memaklumkan kepada NSC mereka tidak menemukan bukti yang menyokong mana-mana teori konspirasi. Parti Imran, Parti Tehrek-e-Insaf (PTI), menuntut siasatan kehakiman berhubung perkara itu.



Encik Khan bertemu Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, pada 24 Februari, hari tentera Russia menyerang Ukraine.



Imran pada mulanya menyekat tindakan untuk mengadakan undi tidak percaya itu dan mengatakan NSC menyokong konspirasi yang didakwa itu.



Parti pembangkang dan penganalisis berkata tentera membantu Imran memenangi pilihan raya pada 2018 - yang dinafikan mereka - namun sokongan itu merosot selepas berlaku perselisihan mengenai pelantikan ketua perisikan negara lewat tahun lalu.



Encik Imran menguar-uarkan mengenai dakwaan konspirasi itu dalam tiga perhimpunan awam besar yang diadakannya sejak digulingkan. Beliau menuntut pilihan raya mengejut diadakan.



Pilihan raya parlimen seterusnya ialah pada 2023. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >