Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tiada lagi titik panas di Riau: Indonesia

Sep 1, 2016 | 8:53 AM
Gambar yang diambil pada 30 Ogos 2016 ini menunjukkan sebuah helikopter Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia menjalankan misi pengeboman air bagi memadanmkan kebakaran di Kampar, Riau.
Gambar yang diambil pada 30 Ogos 2016 ini menunjukkan sebuah helikopter Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia menjalankan misi pengeboman air bagi memadanmkan kebakaran di Kampar, Riau. - AFP

JAKARTA: Anggota bomba Indonesia berjaya memadamkan semua kebakaran tanah dan hutan di Riau, kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia, Dr Sutopo Purwo Nugroho.

Beliau berkata satelit mengesan 156 titik panas di seluruh Indonesia pada Rabu (31 Ogos), tetapi "tiada titik panas di Riau". Ini memulihkan penglihatan dan mutu udara di rantau ini ke "paras baik".

"Kebakaran tanah dan hutan yang sebelum ini muncul di rantau Riau telah dipadamkan," katanya. "Pemerhatian satelit dan rondaan udara tidak menunjukkan sembarang pembakaran. Asap nipis masih meningkat dari lokasi terbakar sebelum ini."

Dr Sutopo berkata pemerintah berusaha secara berterusan untuk memadamkan api, yang membawa kepada "hasil menggalakkan" dan pengurangan "ketara" bilangan titik panas.

Tujuh pesawat sedang menjalankan pengeboman air dan operasi pembenihan awan, sementara anggota bomba di lapangan akan terus menyembur air ke atas tanah gambut terbakar.

Rondaan juga telah dipergiat di kawasan perumahan, hutan dan ladang.

Di Kalimantan Barat, 48 titik panas dikesan, kebanyakannya daripada kegiataan penerokaan tanah, tetapi keadaan "umumnya baik".

Dr Sutopo berkata pihak berkuasa menangkap 576 orang tahun ini kerana disyaki memulakan pembakaran secara tidak sah, sambil menambah: "Inilah cabaran di lapangan. Orang ramai masih membakar tanah."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg