Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tiada mangsa terkorban, cedera serius akibat nahas bas di Melaka

Nov 30, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI 16 warga Singapura cedera selepas bas ekspres yang dinaiki mereka menuju ke Kuala Lumpur terlibat dalam satu nahas di Melaka kelmarin.



Bas yang membawa 27 penumpang itu merempuh sebuah treler yang membawa barangan kitar semula di Kilometer 179.2 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara dekat Jasin dalam kemalangan yang berlaku pada awal pagi.



Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bestari, Pegawai Bomba Kanan II Azman Md Dawam, berkata mereka menerima panggilan kecemasan pada 3.57 pagi dan seramai 17 pegawai serta anggota telah dikejarkan ke tempat kemalangan.



"Sejurus tiba di lokasi pada 4.10 pagi, didapati kemalangan membabitkan bas ekspres melanggar bahagian belakang treler membawa muatan barang kitar semula.



"Terdapat 27 penumpang dengan 16 orang dilaporkan mengalami kecederaan ringan, manakala 11 orang selamat.



"Kesemua mangsa yang cedera diberi rawatan awal dan dihantar ke hospital menaiki ambulans... untuk menerima rawatan selanjutnya," katanya sambil berkata operasi tamat sekitar 5.20 pagi.



Tambahnya, tiada mangsa yang terkorban ataupun mengalami kecederaan serius akibat nahas itu.



Ketua Polis Daerah Jasin, Timbalan Superintenden (DSP) Mispani Hamdan pula berkata kesemua mangsa yang terlibat merupakan warga Singapura.



"Setiba di lokasi, bas ekspres dipandu lelaki berusia 42 tahun telah hilang kawalan dan melanggar belakang treler berkenaan di lorong paling kiri," ujarnya lapor agensi berita.



Siasatan sedang dijalankan.



Gambar yang tular di media sosial menunjukkan bas yang terlibat dalam kemalangan itu dipercayai milik Starmart Express.



Usaha akhbar ini cuba mendapatkan maklumat lanjut daripada syarikat bas itu tidak berhasil apabila kakitangan yang menjawab panggilan semalam sekadar berkata pegawai yang bertanggungjawab tidak berada di pejabat.



Berita Harian juga telah menghubungi Kementerian Ehwal Luar (MFA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >