Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tiada masalah bagi Najib dapatkan bekalan ubat sendiri: Khairy

Sep 16, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Tidak ada masalah bagi bekas perdana menteri, Encik Najib Tun Razak, yang kini menjalani hukuman penjara, untuk mendapatkan bekalan ubat sendiri yang diperolehnya daripada sumber luar.



Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin, menjelaskan ia berdasarkan prosedur yang ditetapkan Jabatan Penjara sekiranya terdapat banduan tertentu sanggup membeli bekalan ubat sendiri dan tidak mahu menerima ubat yang dibekalkan Kementerian Kesihatan (KKM).



"Saya difahamkan ia boleh dibenarkan. Jadi tidak ada masalah pun dan perkara ini sudah saya maklumkan kepada ahli keluarga sekiranya mereka nak bekalkan ubat berjenama kepada Najib.



"Cuma ubat yang kita bagi dari hospital itu ubat generik.



"Tetapi kalau dia nak bawa ubat sendiri, tiada masalah dan perkara ini sudah dimaklumkan kepada ahli keluarganya. Cuma pada hari dia berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kita bagi yang generik.



"Saya difahamkan di penjara pun memang Najib bawa bekalan ubat sendiri, kita tiada masalah mengenai perkara itu.



"Saya sudah mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Penjara mengenai peraturan berkaitan," katanya pada sidang media kelmarin selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara KKM dan IHH Healthcare Malaysia untuk memberi rawatan barah yang ditaja sepenuhnya.



Penjelasan Encik Khairy itu bagi menjawab kenyataan yang dibuat peguam Datuk Zaid Ibrahim yang menggesa KKM agar memberi Encik Najib ubat yang selalu digunakannya bagi penyakit darah tingginya.



Mengulas lanjut, Encik Khairy berkata mengikut peraturan, sekiranya terdapat banduan memilih membeli ubat, keluarga banduan itu boleh membekalkan ubat melalui penjara.



Selepas itu, katanya, pihak penjara akan memeriksa ubat berkenaan bagi memastikan ia tidak mengandungi apa-apa yang tidak dibenarkan sebelum diberikan kepada banduan.



"Perkara sama berlaku di HKL, saya maklumkan kepada pengarah kita amalkan benda sama. Jika di penjara, dia boleh gunakan ubat dia jika bekalan sudah sampai.



"Cuma pada hari dia di HKL, kita berikan ubat generik sebab itu yang ada di HKL. Jadi tak timbul yang kita menafikan (hak) dia.



"Pada hari sebelum dia keluar hospital, amalan biasa hospital kerajaan akan membekalkan ubat yang dikeluarkan farmasi hospital," katanya.



Sebelum ini, Encik Khairy juga menjelaskan bahawa Encik Najib kekal menerima rawatan di hospital kerajaan, iaitu HKL, seperti yang termaktub dalam prosedur banduan yang ditetapkan selama ini.



Beliau berkata berikutan itu, beliau menafikan Encik Najib akan dibawa ke Institusi Jantung Negara (IJN) seperti yang dilaporkan sebelum ini.



"Saya sudah menghubungi Pengarah HKL, Datin Paduka Dr Rohana Johan, yang memaklumkan Encik Najib kini dalam keadaan stabil.



"Najib tidak akan dihantar ke IJN kerana prosedur banduan adalah mereka perlu dirujuk ke hospital kerajaan.



IJN adalah sebuah entiti swasta atau badan diswastakan di bawah Kementerian Kewangan. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >