Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tiada negara lain akan ditambah ke senarai diharam masuk AS: Kelly

Feb 8, 2017 | 3:10 PM
Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Amerika, Encik John Kelly, bercakap mengenai keselamatan sempadan dan larangan pelarian oleh Presiden Trump baru-baru ini kepada .Jawatankuasa Dewan bagi Keselamatan Sempadan di Capitol Hill pada 7 Februari 2017 di Washington, DC.
Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Amerika, Encik John Kelly, bercakap mengenai keselamatan sempadan dan larangan pelarian oleh Presiden Trump baru-baru ini kepada .Jawatankuasa Dewan bagi Keselamatan Sempadan di Capitol Hill pada 7 Februari 2017 di Washington, DC. - GAMBAR AFP

WASHINGTON: Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri John Kelly memberitahu sebuah panel kongres pada Selasa (7 Feb) Amerika Syarikat tidak bercadang menambah sembarang negara ke dalam senarai tujuh negara yang rakyatnya diharam buat sementara waktu memasuki Amerika, di bawah suatu perintah eksekutif Presiden Donald Trump.

Encik Kelly berkata demikian semasa mengulas laporan bahawa pentadbiran Trump sedang menimbangkan menambah 12 negara ke dalam senarai tersebut.

Perintah eksekutif itu telah ditarik balik buat sementara waktu atas perintah mahkamah.

Encik Kelly juga memberitahu panel kongres itu beliau menjangka pembinaan tembok di sempadan Amerika-Mexico "akan berjalan" dalam tempoh dua tahun akan datang.

Beliau berkata tembok itu mungkin dalam bentuk "halangan fizikal" tertentu, mungkin termasuk pagar di beberapa tempat.

Semasa berkempen dalam pilihan raya November lalu, Encik Trump, daripada Parti Republikan, berjanji akan membina sebuah tembok di sempadan Amerika-Mexico untuk menghalang pendatang tanpa izin. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg