Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tiada permit umrah jika tiada permit haji antara 24 Mei dengan 26 Jun

May 20, 2024 | 12:28 PM
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan permit umrah tidak akan dikeluarkan bagi mereka yang tidak mempunyai permit haji yang sah dalam tempoh 24 Mei hingga 26 Jun ini.
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan permit umrah tidak akan dikeluarkan bagi mereka yang tidak mempunyai permit haji yang sah dalam tempoh 24 Mei hingga 26 Jun ini. - Foto REUTERS

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan bahawa permit umrah tidak akan dikeluarkan bagi mereka yang tidak mempunyai permit haji yang disahkan antara 16 Zulkaedah (24 Mei) hingga 20 Zulhijah (26 Jun).

Ia mengeluarkan arahan itu bagi memudahkan jemaah haji yang mula tiba di Arab Saudi dari seluruh dunia menunaikan ibadah mereka dengan selesa di Masjidil Haram di Makkah.

Kementerian Dalam Negeri pula mengumumkan baru-baru ini bahawa ia akan mula mengenakan denda 10,000 riyal ($3,584) ke atas mereka yang melanggar peraturan itu, termasuk warga Arab Saudi, ekspatriat dan pelawat yang ditangkap memasuki Makkah tanpa permit haji dalam tempoh tersebut.

Hukuman akan dikenakan kepada sesiapa yang ditangkap tanpa permit haji di dalam kota suci Makkah, pusat bandar Makkah, tapak suci Mina, Arafah dan Muzdalifah, stesen kereta api Haramain di Rusayfah, pusat kawalan keselamatan, pusat berkumpul jemaah haji, dan pusat kawalan keselamatan sementara.

Denda akan dikenakan ke atas mereka yang melanggar peraturan dan arahan yang dikeluarkan kementerian dalam hal ini.

Kementerian itu menegaskan bahawa ia akan menggandakan denda terhadap pesalah, sehingga 100,000 riyal sekiranya pelanggaran itu berulang.

Ekspatriat yang didapati melanggar peraturan itu akan dihantar pulang ke negara mereka dan dilarang memasuki semula ke Arab Saudi sepanjang tempoh yang ditetapkan oleh undang-undang.

Kementerian itu juga menyatakan sebelum ini bahawa hukuman bagi sesiapa yang ditangkap semasa datang mengambil orang-orang yang melanggar peraturan dan arahan haji ialah penjara sehingga enam bulan dan denda maksimum 50,000 riyal.

Ia juga termasuk tuntutan merampas kenderaan yang digunakan bagi mengambil pesalah melalui keputusan kehakiman, dan mengusir pengangkut yang melanggar jika dia adalah ekspatriat selepas menjalani hukuman penjara dan membayar denda.

Pesalah akan dilarang daripada memasuki semula ke Arab Saudi mengikut tempoh yang ditetapkan undang-undang.

Denda akan dinaikkan mengikut jumlah pesalah yang telah sediakan kemudahan pengangkutan.

Kementerian itu menggariskan keperluan mematuhi peraturan dan arahan haji itu supaya jemaah haji dapat melakukan ibadah mereka dengan mudah dan selesa.

Ia menggesa orang ramai supaya melaporkan tentang kempen haji palsu dan menghubungi nombor telefon 911 di wilayah Makkah, Wilayah Timur dan Riyadh, dan di nombor 999 di seluruh wilayah di Arab Saudi. – Agensi berita.

Laporan berkaitan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg