Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tiada sambutan tahun baru 2022 secara besar-besaran oleh penduduk dunia

Jan 01, 2022 | 05:30 AM



PARIS (AFP): Tahun baru 2022 tidak disambut secara besar-besaran oleh berjuta penduduk di seluruh dunia sedang jumlah jangkitan Covid-19 harian, didorong oleh varian Omicron, melonjak kepada tahap tertinggi baru.



Koronavirus, yang kali pertama dikesan dua tahun lalu dan diisytihar pandemik global pada Mac 2020, telah membunuh lebih 5.4 juta orang, mencetuskan kemelut ekonomi dan melihat masyarakat seluruh dunia masuk dan keluar daripada sekatan.



Varian terbaru, Omicron, walaupun dianggap menyebabkan penyakit yang lebih ringan, mendorong tahap jangkitan kepada paras rekod sejak beberapa hari kebelakangan ini di Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan negara Eropah lain, memaksa pemerintah mengenakan semula sekatan.



Jumlah kes Covid-19 harian baru di seluruh dunia mencecah satu juta buat kali pertama, menurut kiraan AFP kelmarin, dengan lebih 7.3 juta kes dilapor dalam tujuh hari lepas.



Dari Greece ke Mexico, dari Barcelona ke Bali dan serata Eropah, pihak berkuasa membatalkan atau menyekat perhimpunan awam, sama ada menutup ataupun mengenakan sekatan di kelab malam.



Hanya Afrika Selatan, negara pertama yang melaporkan varian Omicron, menarik balik perintah berkurung tengah malam hingga 4 pagi bagi membolehkan perayaan diteruskan, selepas pegawai kesihatan berkata penurunan dalam jangkitan pada minggu lalu menunjukkan kemuncak gelombang telah berlalu.



Di Paris, peraturan memakai pelitup di luar rumah diwajibkan mulai semalam kepada semua orang yang berusia 11 tahun ke atas. Kelab malam telah ditutup hingga bulan ini.



Di Sepanyol, perayaan awam dibatalkan di kebanyakan wilayah dan di bandar terbesar kecuali Madrid, di mana perhimpunan skala kecil dijadualkan dengan bilangan orang ramai dihadkan kepada 7,000 berbanding 18,000 pada 2019.



Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) Britain berkata ia akan mula membuka hospital sementara untuk mengatasi kemungkinan bilangan pesakit melonjak di England. Namun, kerajaan tidak mewajibkan sekatan bagi sambutan Tahun Baru.



Di Sydney, bandar Australia yang paling teruk terjejas oleh gelombang Omicron, akan meneruskan sambutan Tahun Baru, dengan pihak berkuasa menggalakkan orang ramai keluar rumah dan menikmati perayaan itu walaupun terdapat rekod kes Covid-19.



Ribuan orang dijangka membanjiri tempat-tempat utama di tepi pelabuhan untuk menonton bunga api terkenal di Sydney, pertunjukan bunga api selama 12 minit bagi menyambut tahun baru, dengan orang ramai sudah mula beratur sejak awal pagi. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >