Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tiada yang salah pada pakaian seragam jururawat: Menteri Kesihatan M’sia

Jun 18, 2023 | 7:55 PM
PAKAIAN SERAGAM BUKAN ISU: Dr Zaliha Mustafa, berkata yang lebih penting bagi kementerian itu sekarang ialah memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai, dan  ada etika yang dipatuhi  jururawat berkaitan  pakaian seragam mereka.
PAKAIAN SERAGAM BUKAN ISU: Dr Zaliha Mustafa, berkata yang lebih penting bagi kementerian itu sekarang ialah memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai, dan ada etika yang dipatuhi jururawat berkaitan pakaian seragam mereka. - Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Tidak ada apa-apa yang salah pada pakaian seragam yang dipakai jururawat di Malaysia, kata Menteri Kesihatan negara itu, Dr Zaliha Mustafa, pada Ahad.

“Terdapat etika yang dipatuhi oleh jururawat apabila ia berkaitan dengan pakaian seragam mereka dan jelas kepada saya bahawa tiada masalah,” katanya.

Dr Zaliha berkata yang lebih penting bagi kementerian itu beri tumpuan sekarang ialah mengenai memberi perkhidmatan terbaik untuk orang ramai.

“Kami baru sahaja membentangkan Kertas Putih Pembaharuan Kesihatan Awam dan harus memberi tumpuan pada perkara yang penting, iaitu menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat.

“Buat masa ini saya tidak melihat pakaian seragam itu sebagai satu isu,” katanya kepada wartawan selepas majlis penyerahan tiga projek daripada Jabatan Kerja Raya kepada Kementerian Kesihatan di Hospital Sultanah Aminah.

Beliau telah diminta mengulas kenyataan mengenai pakaian jururawat yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kuantan, Encik Wan Razali Wan Nor.

Semasa membahaskan Kertas Putih Pembaharuan Kesihatan Awam di Parlimen baru-baru ini, Encik Wan Razali berkata kerajaan perlu mempertimbangkan untuk menukar pakaian seragam jururawat kerana ia terlalu ketat dan tidak mematuhi syariah.

Beliau juga berkata bentuk badan wanita kelihatan dengan pakaian seragam semasa.

“Adakah kita masih mengikut kod pakaian Barat? Bolehkah ia ditukar untuk membolehkan sedikit kelonggaran bagi pakaian seragam jururawat?” katanya kepada Parlimen.

Ahli politik Parti Islam SeMalaysia (PAS) itu telah mendapat kecaman di atas kenyataannya itu.

Sebagai respons, presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Dr Muruga Raj Rajathurai, berkata pakaian seragam jururawat Kementerian Kesihatan semasa adalah praktikal kerana ia tidak menyekat pergerakan jururawat menjalankan tugas mereka.

Mantan timbalan menteri kesihatan, Encik Lee Boon Chye, berkata pakaian seragam sekarang selesa, berfungsi dan sopan, memenuhi keperluan setiap institusi dan pilihan individu. – The Star

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg