Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

COVID-19 DI SERATA DUNIA

Tianjin uji penduduk besar-besaran lepas kes tempatan Omicron

Jan 11, 2022 | 05:30 AM



BEIJING: Bandar pelabuhan utama Tianjin di China menjalankan ujian besar-besaran Covid-19 ke atas 14 juta penduduknya kelmarin dan semalam, berikutan kes pertama va-rian Omicron yang merebak dalam masyarakat.



Kawalan keluar masuk di bandar itu sekarang diperketat dan penduduk perlu mendapat kelulusan daripada majikan atau pihak berkuasa masyarakat sebelum meninggalkan bandar itu, dengan ujian negatif Covid-19 dalam tempoh 48 jam selepas keluar.



Pentadbiran bandar itu mengumumkan peraturan baru tersebut dalam satu kenyataan lewat kelmarin.



Kes Omicron yang disahkan itu adalah dalam kalangan kelompok 20 kanak-kanak dan orang dewasa di sebuah pusat jagaan selepas sekolah di bandar itu, yang bersempadan dengan ibu kota Beijing.



Dua orang yang disahkan dijangkiti varian Omicron ialah seorang pelajar berusia 10 tahun dan seorang kakitangan wanita berusia 29 tahun.



Kedua-duanya tidak keluar dari bandar itu sepanjang tempaoh 14 hari lalu, menurut laporan tempatan.



Sementara itu, Xi'an, ibu kota wilayah Shaanxi di utara China, melaporkan lebih 1,900 kes Covid-19 dalam peningkatan terbarunya. Bandar dengan 13 juta penduduk itu juga telah disekat ketat selama berminggu-minggu.



Zhengzhou, ibu kota wilayah Henan di tengah China, mengeluarkan satu makluman Sabtu lalu, memerintahkan semua sekolah rendah, menengah dan tadika di bandar itu menghentikan kelas bersemuka mulai semalam, di samping sekatan lain.



Sebuah lagi bandar Henan, Anyang, mengesan dua jangkitan Omicron tempatan. Wabak di bandar itu boleh dikesan daripada seorang pelajar yang tiba dari Tianjin, lapor sebuah akhbar tempatan yang disokong pihak berkuasa Parti Komunis di Anyang semalam.



Anyang, yang mempunyai 5.5 juta penduduk, menggantung semua perkhidmatan bas mulai kelmarin.



Masih tidak jelas berapa banyak kes tempatan lain di Tianjin dan Anyang ada kaitan dengan Omicron.



Beijing juga mengambil langkah lebih berwaspada dan mewajibkan sesiapa sahaja yang melawat bandar itu menjalani ujian Covid-19 dan hanya membenarkan individu yang telah divaksinasi sepenuhnya menyertai acara tertentu, sebagai persiapan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk pada 4 Februari.



Seorang pengurus projek di Beijing, Encik Clarence Dong, yang berasal dari Tianjin, memberitahu The Straits Times beliau tidak yakin dapat pulang ke rumah - yang cuma kurang sejam melalui kereta api dari Beijing - untuk menyambut Tahun Baru Cina yang menjelang selepas kes Omicron disahkan.



Encik Dong, 30 tahun, merancang pulang selama dua minggu ke Tianjin, sebelum kembali bekerja di Beijing.



"Kes baru Omicron benar-benar telah merosakkan Tahun Baru Cina bagi saya," katanya.



"Saya khuatir sangat sukar untuk saya kembali ke Beijing kelak jika jangkitan di Tianjin berterusan. Tentu lebih banyak sekatan perjalanan akan dikenakan jika lebih banyak kes dilaporkan," tambahnya.



Di seluruh negara, tanah besar China melaporkan 97 jangkitan tempatan kelmarin, meningkat sedikit daripada 92 kes sehari sebelumnya, dengan 60 kes di Henan.



Terdapat juga 73 kes import baru, menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional.



Tiada kematian baru dilaporkan sejak kelmarin, dengan jumlah kematian kekal 4,636 kes. Tanah besar China mempunyai 103,776 kes simptomatik yang disahkan setakat 9 Januari, termasuk kes tempatan dan import. - Reuters, ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >