Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tiga beradik, kesemuanya jururawat, mati dibunuh di Mexico

May 9, 2020 | 12:00 PM
KEBIMBANGAN RAKYAT: Seorang anggota polis memakai pelitup semasa bertugas di tengah bandar selepas gabenor negeri Coahuila di Mexico mengesahkan adanya satu kes baharu koronavirus di Mexico City pada 1 Mac lalu.
KEBIMBANGAN RAKYAT: Seorang anggota polis memakai pelitup semasa bertugas di tengah bandar selepas gabenor negeri Coahuila di Mexico mengesahkan adanya satu kes baharu koronavirus di Mexico City pada 1 Mac lalu. - - Foto: REUTERS

MEXICO CITY: Tiga adik beradik, kesemuanya jururawat, telah ditemui mati dengan tanda dicekik di negeri utara Mexico, Coahuila, menurut pegawainya semalam.

Ia kelihatan kes pembunuhan yang jelas susulan siri serangan ke atas pekerja kesihatan di tengah-tengah pandemik koronavirus.

Para pegawai menyatakan, mereka sedang menyiasat kes itu sebagai satu jenayah tetapi motifnya belum jelas.

Pekerja kesihatan di Mexico semakin menghadapi tindakan kasar sejak beberapa minggu kebelakangan ini disebabkan ketakutan pada penularan koronavirus.

Encik Javier Guerrero, seorang pegawai kanan di pusat khidmat kesihatan utama Mexico, IMSS di Coahuila, menyifatkan kematian tiga jururawat itu sebagai pembunuhan.

Ia "berlaku di masa pekerja kesihatan kita berada dalam keadaan paling genting dalam menghadapi krisis kesihatan," katanya.

Peguam Negara bagi Negeri Coahuila, Encik Gerardo Marquez berkata, dua atau tiga penjenayah mungkin terlibat tetapi belum ada tangkapan dibuat. Tidak diketahui sejauh ini bila ketiga-tiga beradik itu meninggal dunia.

"Sehingga sekarang tidak ada bukti yang menunjukkan ia disebabkan pekerjaan mereka dalam sektor kesihatan. Ia sesuatu yang dikesali dan saya mengulangi komitmen negeri ini untuk mencari mereka yang bersalah dan membawa mereka ke muka pengadilan." - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg