Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tiga budak lelaki diselamatkan dari gua, kata media Thai

Jul 8, 2018 | 7:48 PM
PENANTIAN SUKAR: Gambar-gambar kanak-kanak lelaki yang terperangkap dalam gua Tham Luang ditampal di papan tanda sementara yang dipasangkan berdekatan gua Tham Luang.
PENANTIAN SUKAR: Gambar-gambar kanak-kanak lelaki yang terperangkap dalam gua Tham Luang ditampal di papan tanda sementara yang dipasangkan berdekatan gua Tham Luang. - REUTERS

CHIANG RAI (Thailand) Sekurang-kurangnya tiga budak lelaki telah diselamatkan dari gua Thai yang dipenuhi air pada Ahad (8 Julai) sedang penyelamat berlumba dengan masa untuk menyelamatkan semua 12 budaklelaki dan jurulatih bola sepak mereka dari perut gua Tham Luang.

Wadah berita Thai Khaosod melaporkan bahawa budak lelaki pertama dikeluarkan pdaa 5.37 petang (6.37 petang waktu Singapura) dan budakk lelaki kedua diselamatkan pada 5.50 petang.

Stesen televisyen Thai Spring News pula melaporkan tiga budak lelaki telah diselamatkan.

Tiada pengumuman rasmi telah dibuat.

Akhbar Thai Bangkok Post berkata budak-budak itu dan jurulatih mereka akan dirawat di Hospital Chiangrai Prachanukroh selama 24 jam sebelum dibenar bertemu keluarga mereka.

Keluarga mereka hanya dibenar mengunjungi mereka selepas pemeriksaan perubatan dilengkapkan dalam sekitar 48 jam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg