Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Tiga korban banjir di Johor, keadaan semakin buruk

Mar 04, 2023 | 05:30 AM



JOHOR BARU: Banjir di Johor kian memburuk, dengan tiga kematian sejauh ini dan bilangan penduduk yang terpaksa dipindahkan terus meningkat kepada lebih 33,000 orang di 217 pusat pemindahan sementara (PPS) di 10 daerah.



Jawatankuasa pengurusan bencana negeri berkata hingga 8 pagi Jumaat, bilangan mangsa banjir terus meningkat, dengan Segamat terjejas paling teruk dengan 12,816 mangsa. Ini diikuti Kluang (5,174 mangsa), Batu Pahat (4,340), Kota Tinggi (3,689), Muar (2,829), Tangkak (1,999), Johor Baru (1,216), Mersing (722), Kulai (630) dan Pontian (364).



"Sejauh ini, banjir telah mengakibatkan tiga kematian - dua di Segamat dan satu di Kluang," kata jawatankuasa itu.



Berdasarkan laporan Jabatan Kaji Cuaca Malaysia, hujan berterusan dijangka di Johor hingga Sabtu ini.



Agensi berita rasmi Bernama menyifatkan keadaan banjir di Segamat seperti pulau-pulau kecil.



Tinjauan Bernama bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) lewat petang Khamis mendapati air masih membanjiri hampir 80 peratus kawasan perumahan di lokasi terjejas.



Selain itu, beberapa laluan ditutup kerana dinaiki air, dengan di kawasan Kampung Tenang dan Kampung Jawa di Segamat hanya bumbung rumah yang kelihatan.



Air di Empangan Juaseh di Labis pula sudah melimpah ke kawasan perumahan. Bernama difahamkan itu 'petanda' keadaan banjir kritikal, kerana kawasan itu sudah ditenggelami air.



Sementara itu, paras air di beberapa sungai utama di Johor mencecah paras bahaya sejak banjir melanda negeri ini Rabu lalu.



Setakat jam 12 tengah hari Jumaat, sebanyak 17 lembangan sungai utama di enam daerah terjejas banjir, dilaporkan sudah mencecah paras bahaya.



Sumber Jabatan Pengairan dan Saliran Johor berkata ia membabitkan enam lembangan sungai di Segamat, empat di Batu Pahat, tiga di Muar, dua di Tangkak dan setiap satu di Kluang dan Kota Tinggi.



"Lembangan Sungai Muar di Lubuk Kepong, Segamat adalah yang paling bahaya ketika ini, apabila paras air mencecah 21.09 meter, iaitu kira-kira 2.49 meter lebih tinggi daripada paras biasa 18.6 meter.



"Ia diikuti lembangan Sungai Muar di Bukit Kepong, yang mencatat paras 5.39 meter, berbanding 3.3 meter paras biasa.



"Lembangan Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat turut mencecah paras bahaya 21.54 meter, iaitu 1.59 meter melepasi paras biasa 19.95 meter," katanya dalam laporan harian situasi banjir di Johor pada Jumaat. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >