Tiga mati dalam banjir dan tanah runtuh di Cameron Highlands
Premium
Tiga mati dalam banjir dan tanah runtuh di Cameron Highlands
Nov 7, 2014 | 5:30 AM
DINAIKI AIR: Penduduk Lembah Bertam melihat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bertam Valley dinaiki air selepas pintu empangan dibuka susulan hujan lebat di beberapa kawasan di sekitar Cameron Highlands sejak lewat petang kelmarin. - Foto NSTP -
CAMERON HIGHLANDS: Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun antara dua lagi mayat yang ditemui dalam kejadian banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands kelmarin, menjadikan jumlah mangsa yang terkorban tiga orang.
Seramai 40 anggota pasukan mencari dan menyelamat masih berusaha mencari dua warga Indonesia yang dikatakan tertimbus dalam tanah runtuh di kawasan kebun sayur di Sungai Kabok dekat Sungai Tiang, kira-kira tiga kilometer dari pekan Lembah Bertam.

