Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tiga maut dalam tunjuk perasaan anti-Taleban

Saksi: Militan lepaskan tembakan ke atas penunjuk perasaan di Jalalabad, lebih sedozen penduduk turut cedera
Aug 20, 2021 | 05:30 AM



KABUL: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dalam satu tunjuk perasaan anti-Taleban di bandar Jalalabad, timur Afghanistan, kelmarin, menurut beberapa saksi.



Ini sedang kumpulan militan itu berusaha mengubah tanggapan rakyat negara tersebut terhadapnya dan berusaha menubuhkan pemerintah, sedang negara Barat pula meningkatkan pemindahan diplomat mereka dan orang awam dari negara itu.



Lebih sedozen penduduk di Jalalabad cedera setelah militan Taleban melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di bandar itu, kata dua saksi dan seorang bekas pegawai polis kepada Reuters.



Taleban sebelum ini menjanjikan perdamaian setelah menguasai ibu kota Kabul tanpa sebarang tentangan, dengan mengatakan ia tidak akan membalas dendam terhadap musuh lama dan akan menghormati hak wanita dalam kerangka hukum syariah.



Saksi kejadian tembakan di Jalalabad itu mengatakan kematian tersebut berlaku apabila penduduk tempatan cuba memasang bendera kebangsaan Afghanistan di sebuah dataran di kota itu, kira-kira 150 kilometer dari Kabul di jalan utama ke Pakistan.



Sedang Taleban memperkukuh kekuasaannya, salah seorang pemimpin dan pengasasnya, Mullah Abdul Ghani Baradar, kembali ke Afghanistan buat kali pertama dalam lebih 10 tahun.



Seorang pegawai kanan Taleban mengatakan sekarang pemimpin kumpulan itu akan menunjukkan diri mereka kepada dunia, tidak seperti pada masa lalu apabila mereka hidup secara rahsia.



"Secara beransur-ansur, dunia akan melihat semua pemimpin kami," kata pegawai kanan Taleban itu kepada Reuters. "Tidak akan ada kerahsiaan lagi."



Namun, ribuan rakyat Afghanistan, yang kebanyakannya membantu pasukan asing yang dipimpin Amerika Syarikat selama dua dekad, nekad mahu meninggalkan negara itu.



Lebih 2,200 diplomat dan orang awam telah dipindah keluar dari Afghanistan melalui penerbangan tentera.



"Kami sedang melakukannya dengan momentum sangat cepat, dari segi logistik, dan hingga kini tidak menunjukkan sebarang gangguan," kata pegawai keselamatan Barat itu kepada Reuters.



Taleban mengadakan sidang media Selasa lalu, kali pertama sejak menguasai Kabul, menyatakan ia akan melaksana undang-undangnya dengan lebih prihatin berbanding semasa pemerintahannya pada 1996-2001.



"Kami tidak mahu ada musuh dalaman atau luaran," kata Zabihullah Mujahid, jurucakap utama Taleban, kepada wartawan.



Wanita akan diizin bekerja dan belajar dan "akan sangat aktif dalam masyarakat, tetapi dalam kerangka Islam", katanya.



Semasa pemerintahannya sebelum ini, yang didakwanya berlandaskan syariah, wanita dilarang bekerja, anak perempuan tidak dibenarkan pergi ke sekolah dan wanita harus memakai burka menutup semua anggota badan apabila keluar dari rumah, dan hanya apabila ditemani saudara lelaki.



Perdana Menteri Britain, Encik Boris Johnson, yang menyuarakan pendapat sama dengan pemimpin negara Barat lain, mengatakan Taleban akan dinilai berdasarkan tindakannya.



"Kami akan menilai rejim ini berdasarkan pilihan yang dibuatnya, dan oleh tindakannya dan bukan dengan kata-katanya, pada sikapnya terhadap pengganasan, terhadap jenayah dan narkotik, serta akses kemanusiaan dan hak wanita untuk mendapat pendidikan," kata Encik Johnson dalam satu sesi tergempar Parlimen, yang diadakan daripada cuti musim panasnya untuk membincangkan isu Afghanistan.



Britain telah mengatakan kesediaannya menerima hingga 5,000 warga Afghanistan pada tahun pertama program penempatan semula yang akan mengutamakan wanita, gadis serta penganut agama dan minoriti lain. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >