Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tiga maut, dua cedera dalam dua lagi kejadian tembakan di AS

Jun 04, 2022 | 05:30 AM



AMES (Iowa): Dua lagi kejadian tembakan berlaku di Amerika Syarikat kelmarin.



Di Iowa, seorang lelaki menembak mati dua wanita di tempat letak kereta di sebuah gereja di timur bandar Ames, sebelum menembak mati dirinya sendiri, kata polis.



Kejadian itu berlaku sejurus selepas Presiden Amerika, Encik Joe Biden, menyampaikan ucapan penting mengenai keganasan senjata api menyusuli insiden tembakan berturut-turut di Buffalo di New York, Uvalde di Texas, dan Tulsa di Oklahoma dalam beberapa minggu lalu.



Di Wisconsin, satu kejadian tembakan berlaku, mencederakan dua orang yang sedang menghadiri pengebumian di tanah perkuburan di Racine.



Kejadian di Iowa berlaku di luar Gereja Cornerstone, sebuah gereja fundamentalis Kristian, sedang satu acara gereja diadakan, kata ketua timbalan Pejabat Syerif Story County, Encik Nicholas Lennie.



Apabila pegawai keselamatan tiba di tempat kejadian, mereka mendapati tiga orang terbunuh, kata Encik Lennie, sambil menambah bahawa beliau tidak dapat memberi identiti atau mendedahkan hubungan antara mereka.



"Ini tampaknya satu insiden penembak tunggal terpencil," ujarnya.



Amerika digemparkan sejak beberapa minggu lalu oleh kejadian tembakan yang mengorbankan 10 penduduk kulit hitam di utara New York, 19 kanak-kanak dan dua guru di Texas, dan dua doktor, seorang penyambut tetamu dan seorang pesakit di Oklahoma.



Dalam kejadian di Wisconsin itu, beberapa das tembakan dilepaskan ke arah orang ramai yang sedang menghadiri upacara pengebumian, mencederakan dua orang, kata pegawai polis Racine, Sarjan Kristi Wilcox.



Seorang mangsa dirawat di hospital tempatan dan dibenarkan pulang sementara seorang lagi diterbangkan ke hospital Milwaukee, tampaknya mengalami kecederaan lebih serius, kata Encik Wilcox.



Belum ada suspek ditahan.



Stesen televisyen Milwaukee TMJ4 News memetik anggota keluarga yang menghadiri pengebumian itu berkata lima saudara lelaki yang sedang dikebumikan terkena tembakan.



Seorang lelaki yang tinggal di seberang jalan dari tanah perkuburan itu, Encik Rey Brantley, memberitahu stesen tersebut beliau sedang menjemput anak perempuannya dari sekolah apabila terdengar bunyi tembakan. Anak lelakinya yang sedang bermain bola keranjang di kawasan berhampiran hampir ditembak, ujar beliau.



"Tiada orang waras fikiran akan pergi dan menembak di upacara pengebumian pada siang hari," kata Encik Brantley.



Anak lelaki beliau berkata dia mendengar "peluru melepasi kami" dan kemudian dia berlari mencari perlindungan bersama orang lain.



Stesen TMJ4 melaporkan sebuah hospital berdekatan diletak di bawah sekatan keselamatan, sementara sebuah sekolah menengah hanya membenarkan pelajarnya pulang kira-kira 10 minit lewat dari biasa, selepas pegawai keselamatan memastikan keadaan lebih selamat.



Belum ada maklumat sama ada suspek telah dikenal pasti. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >