Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tiga pegawai polis ditembak mati di Baton Rouge, Louisiana

Jul 18, 2016 | 12:33 PM



BATON ROUGE (Louisiana): Tiga pegawai polis ditembak mati dan tiga cedera di Baton Rouge, Louisiana pada Ahad (17 Julai), kata polis, sedang Amerika Syarikat kekal dalam kebimbangan berikutan kejadian polis menembak lelaki kulit hitam dan pembunuhan lima pegawai polis Dallas.



Para pegawai di Baton Rouge itu respon kepada panggilan mengenai seorang lelaki bersenjata api apabila tembakan dilepaskan. Dua pegawai polis dan seorang timbalan sheriff terbunuh.



Pegawai berkata lelaki bersenjata itu ditembak mati dan tidak ada suspek lain. Motif perbuatannya belum diketahui, kata Seperintenden Polis Negeri Louisiana, Kolonel Mike Edmonson, kepada pemberita.



Salah seorang pegawai yang cedera "dalam keadaan kritikal sedang bertarung nyawa, seorang pegawai berusia 41 tahun," kata beliau.



Dua lagi pegawai yang cedera dalam keadaan stabil.



Kejadian tembakan itu berlaku di sebuah lebuh raya sekitar 8.40 pagi (9.40 malam waktu Singapura), selepas polis respons pada panggilan mengenai seorang lelaki membawa senapang.



Penyiasat mengesyaki panggilan kecemasan 911 itu digunakan sebagai helah untuk menarik polis ke tempat kejadian, kata seorang pegawai yang enggan dikenali.



Menurut satu sumber lain, suspek serangan itu ialah Gavin Long, seorang lelaki kuli hitam berusia 29 tahun, dari Kansas City, Missouri.



Dia bekas sarjan Merin Amerika Syarikat yang pernah berkhidmat di Iraq.



Presiden Barack Obama, dalam satu kenyataan pada Ahad, mengutuk kejadian itu sebagai tindakan "pengecut".



"Buat kali kedua dalam dua minggu, pegawai polis yang meletak nyawa mereka dalam bahaya untuk kita setiap hari sedang menjalankan tugas apabila mereka terbunuh dalam serangan pengecut dan tercela," kata Encik Obama.



"Kita mungkin belum tahu motif serangan itu, tetapi saya mahu menyatakan dengan jelas: tidak ada alasan bagi sembarang keganasan terhadap penguatkuasaan undang-undang. Tiada ada langsung. Seranganserangan itu adalah perbuatan pengecut yang tidak mewakili sesiapa. Mereka tidak membetulkan sembarang kesalahan. Mereka tidak memperjuangkan sembarang perkara," ujarnya.



Satu gelombang bantahan terhadap keganasan polis meletus di Baton Rouge dan bandar-bandar lain selepas Encik Alton Sterling, seorang lelaki kulit hitam berusia 37 tahun, ditembak, dan mati, dari jarak dekat oleh pegawai polis pada 5 Julai.



Kemudian dalam satu perhimpunan di Dallas bagi membantah pembunuhan Encik Sterling dan satu lagi kejadian polis menembak mati lelaki kulit hitam di Minnesota, seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke atas pegawai putih, membunuh lima daripada mereka. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >