Tiga pemain Liga Perdana Malaysia ditahan berkaitan rasuah bola sepak
Premium
Tiga pemain Liga Perdana Malaysia ditahan berkaitan rasuah bola sepak
Apr 7, 2017 | 5:30 AM
DIREMAN: Tiga pemain sebuah kelab bola sepak dalam Liga Perdana Malaysia, yang ditahan kerana dipercayai menerima sogokan bagi menentukan keputusan perlawanan, tiba di Mahkamah Majistret, Putrajaya, kelmarin untuk direman. - Foto NSTP -
KUALA LUMPUR: Tiga pemain sebuah kelab bola sepak dalam Liga Perdana Malaysia ditahan selepas dipercayai terbabit menerima rasuah daripada bookie untuk menentukan keputusan perlawanan kelmarin.
Tiga pemain Malaysian Indian Sports Council-Malaysian Indian Football Association (MISC-MIFA) yang ditahan itu termasuk seorang pemain import, menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

