Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tiga saranan bagi WTO beri respons lebih berkesan tangani cabaran hari ini

Menteri Perdagangan Apec gagal capai persetujuan, paksa tuan rumah keluarkan sekadar kenyataan pengerusi
May 27, 2023 | 03:59 PM



DETROIT: Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, menggariskan tiga saranan bagi Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) memberi respons lebih berkesan kepada cabaran-cabaran yang dihadapi hari ini.


Encik Gan, yang menghadiri sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) bagi Menteri-Menteri Bertanggungjawab bagi Perdagangan di Detroit, Michigan, Amerika Syarikat, berkata pertama ialah memperkenalkan semula sistem yang berkesan dan berfungsi sepenuhnya dalam bidang penyelesaian pertikaian.

Kedua, menurut beliau, ialah mengemaskini peraturan-peraturan WTO untuk menangani isu-isu baru berkaitan perdagangan digital dan kemampanan sekitaran.

Ketiga, katanya dalam satu kenyataan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) ialah memperbaiki proses membuat keputsan WTO.

Di samping itu, Encik Gan juga telah menyentuh komitmen Singapura kepada ekonomi hijau. Beliau menekankan bahawa Republik ini kekal komited menggunakan sumber-sumber tenaga yang lebih mesra alam, melabur dalam teknologi-teknologi baru, memperkukuh perniagaan dan meningkatkan kemahiran tenaga kerjanya.

Menurutnya, Singapura akan terus mengalu-alukan peluang kerjasama ke arah perdagangan yang baru, seperti Perjanjian Ekonomi Hijau, bagi memupuk peluang pertumbuhan sektor hijau bagi warga Singapura.

Dalam pada itu, Menteri-Menteri Perdagangan negara-negara Apec bersetuju untuk mempromosikan perdagangan yang lebih inklusif dan mampan, namun gagal mengeluarkan kenyataan bersama ekoran bantahan oleh Russia dan China berkaitan bahasa yang digunakan berkaitan Ukraine.

Menutup sidang dua hari itu, hos Apec kali ini iaitu Wakil Perdagangan Amerika, Cik Katherine Tai, sebaliknya mengelurkan kenyataan pengerusi yang merumuskan perbincangan, dengan penekanan kepada inklusiviti, menangani perubahan iklim dan kemampanan.

“Kami mengulangi kesungguhan kami untuk menyediakan sekitaran perdagangan dan pelaburan yang bebas, terbuka, tidak mendiskriminasi, telus dan inklusif,” kata kenyataan itu.

Pada masa yang sama, kumpulan itu juga menekankan komitmennya kepada sistem perdagangan pelbagai pihak berdasarkan undang-undang, dengan WTO sebagai teras langkah tersebut.

“Kami akan terus berusaha untuk memastikan persaingan yang setara untuk memupuk sekitaran pelaburan dan perdagangan yang baik, dan mengulangi komitmen kami untuk mengekalkan pasaran terbuka dan menangani gangguan kepada rantaian bekalan,” menurut kenyataan itu lagi.

Pemimpin Apec pada November lalu di Bangkok meluluskan kenyataan bahawa hampir kesemua anggota mengutuk dengan keras peperangan di Ukraine yang menyebabkan kesengsaraan manusia dan memberi impak kepada ekonomi.

Namun, dalam pertemuan di Detroit, China dan Russia menolak langkah menyertakan kenyataan tersebut, sekali gus memaksa Cik Rai untuk mengeluarkan kenyataan pengerusi sahaja, yang menjelaskan terdapat perbezaan pendapat dan ‘Apec bukan forum untuk menyelesaikan isu-isu keselamatan’.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >