Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tikai antara Najib, Mahathir berterusan

Najib dakwa didesak sokong projek-projek kroni Mahathir susuli surat terbuka Dr M kepada pengundi Johor bahawa beliau malu dengan Najib
Feb 22, 2022 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Perselisihan antara Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berterusan, dengan Datuk Najib mendakwa Dr Mahathir telah mendesak beliau untuk menyokong projek-projek kroninya.



"Saya berterima kasih atas sokongannya kepada saya untuk menjadi perdana menteri tetapi beliau juga mendesak saya untuk menyokong projek-projek kroninya," kata Datuk Najib dalam satu catatan Facebook kelmarin.



Datuk Najib mendakwa keengganannya memenuhi permintaan Dr Mahathir telah menimbulkan kemarahan Dr Mahathir untuk merancang kejatuhannya bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2014 sebelum isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bermula.



Datuk Najib turut memetik kenyataan Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Mahkamah Tinggi yang mengatakan beliau bersetuju bapanya cuba menjatuhkan Datuk Najib sebelum 2015.



Kenyataan yang dibuat Datuk Najib itu berikutan surat terbuka kedua Dr Mahathir kepada pengundi Johor Sabtu lalu, mengatakan bahawa Datuk Najib tidak malu walaupun disabit kesalahan oleh mahkamah.



"Beliau (Najib) mesti dihentikan. Jika beliau kembali berkuasa, ini bermakna negara akan dikuasai kleptokrat daripada 'kelompok mahkamah' dan berisiko dirompak," katanya.



Dr Mahathir menambah, beliau tidak mempunyai dendam peribadi terhadap Datuk Najib, tetapi menyatakan abang Datuk Najib, Tan Sri Nazir Razak, sendiri datang menemuinya semasa kemuncak skandal 1MDB dan memintanya melakukan sesuatu kerana berbilion ringgit telah lesap.



Anggota Parlimen (AP) Langkawi itu juga berkata beliau telah menyokong Datuk Najib sebelum skandal itu dan mendesak perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Badawi, untuk melantiknya sebagai timbalan perdana menteri.



Namun, Dr Mahathir berkata Datuk Najib berbeza daripada bapanya yang merupakan seorang nasionalis dan pejuang bermaruah kepada negara, manakala Datuk Najib sebaliknya mencuri kekayaan negara dengan bantuan Jho Low yang melarikan diri.



Datuk Najib juga sebelum ini bertelingkah dengan Tan Sri Muhyiddin secara dalam talian dengan kedua-dua bekas perdana menteri melabelkan satu sama lain sebagai "pengkhianat".



Johor akan mengadakan pilihan raya negerinya pada 12 Mac, dengan jangkaan luas bahawa gabungan Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno akan kembali berkuasa, sedang pembangkang berpecah belah.



BN dijatuhkan daripada Johor dan kuasa persekutuan pada pilihan raya umum pada Mei 2018.



Mahkamah Rayuan Malaysia pada Disember lalu mengekalkan sabitan Datuk Najib atas pertuduhan rasuah berkaitan RM42 juta ($13.6 juta) yang diterimanya daripada SRC International, bekas unit dana negara 1MDB.



Tetapi beliau dibebaskan dengan jaminan dan bebas bergerak semasa merayu kesnya ke mahkamah tertinggi, Mahkamah Agung.



Dr Mahathir berkata beliau sebenarnya malu untuk selalu menyebut nama Datuk Najib.



"Sejujurnya, saya malu untuk terus menyebut namanya. Beliau telah mengaibkan Malaysia, Melayu dan Islam.



"Malangnya, beliau sedikit pun tidak menyesal, sebaliknya berpura-pura dianiaya, termasuk oleh saya," katanya.



Sementara itu, Tan Sri Muhyiddin mendakwa Umno adalah parti 'kotor' dan wajar ditinggalkan kerana mempunyai kumpulan 'kluster mahkamah' yang dianggap telah melakukan kemungkaran serta kesalahan.



Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata justeru rakyat diminta tidak bersubahat dengan kumpulan sedemikian, sebaliknya bersama-sama melakukan ibadah dengan menyertai saf perjuangan baru. - The Star, BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >