TikTok dakwa punya lebih 1 bilion pengguna aktif

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

TikTok dakwa punya lebih 1 bilion pengguna aktif

Sep 29, 2021 | 5:30 AM

TikTok dakwa punya lebih 1 bilion pengguna aktif

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
TAMBAH POPULAR DEK COVID-19: TikTok mendapat perhatian besar di tengah sekatan pergerakan Covid-19, dengan memperoleh lebih 300 juta pengguna baru sejak Julai 2020. - Foto AFP
TAMBAH POPULAR DEK COVID-19: TikTok mendapat perhatian besar di tengah sekatan pergerakan Covid-19, dengan memperoleh lebih 300 juta pengguna baru sejak Julai 2020. - Foto AFP -

NEW YORK: Syarikat TikTok kelmarin berkata ia kini ada lebih satu bilion pengguna aktif, hanya empat tahun setelah aplikasi perkongsian video itu dilancarkan gergasi teknologi China, ByteDance.

Sudah popular malah sebelum pandemik Covid-19, TikTok mendapat perhatian besar ekoran sekatan pergerakan dan penutupan sekolah serta tempat kerja.

Platform video itu memperoleh lebih 300 juta pengguna baru sejak Julai 2020, kali terakhir syarikat itu melaporkan jumlah pengguna.

Bermula dengan prinsip asal video 15 saat, platform itu kemudian menaikkan had masa kepada tiga minit pada awal Julai untuk menarik penonton lebih luas dan bersaing dengan YouTube.

Anak syarikat Google pula melancarkan YouTube Shorts untuk bersaing dengan TikTok dalam segmen format pendek.

Namun, TikTok masih ketinggalan jauh di belakang YouTube, yang mendakwa mempunyai 2.3 bilion pengguna aktif tahun lalu.

Facebook pula melaporkan mempunyai 2.9 bilion pengguna aktif pada hujung Jun 2021. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg