Tikus rosakkan wang tunai $24,000 dalam mesin ATM
Jun 22, 2018 | 6:20 PM
DIGIGIT TIKUS: Gambar yang diambil pada 19 Jun 2018 ini menunjukkan wang kertas berjumlah 1.2 juta rupee ($24,055) dalam cebisan kecil selepas digigit tikus. - Foto AFP
NEW DELHI: Wang kertas berjumlah 1.2 juta rupee ($24,055) dalam sebuah mesin ATM di Assam, India rosak teruk dek digigit tikus, menurut polis India semalam (21 Jun).
Hal itu hanya disedari oleh pegawai bank yang datang memeriksa mesin tersebut ekoran aduan penduduk tempatan bahawa mesin itu rosak dan tidak mengeluarkan wang, kata polis daerah Tinkusia.
"Pegawai bank datang untuk memeriksa mesin ATM itu minggu lalu dan selepas membuka mesin itu, mereka menemui seekor tikus mati dan timbunan wang kertas yang hancur menjadi cebisan kecil.
"Nampaknya, tikus itu masuk mesin itu menerusi lubang kecil bagi wayar," kata superintenden polis daerah Mugdhajyoti Dev Mahanta. - AFP

