WASHINGTON/DOHA/ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump berkata pada 23 Jun gencatan senjata sepenuhnya antara Israel dengan Iran akan berlangsung dan bertujuan mengakhiri konflik antara dua negara tersebut.
Beliau membuat pengumuman itu beberapa jam selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke pangkalan udara Amerika, Al-Udeid, di Doha, Qatar yang tidak menyebabkan kecederaan.
Difahami, Iran telah memberitahu Amerika lebih awal mengenai serangan itu. Kerajaan Qatar juga telah diberitahu.
Encik Trump mendakwa serangan Iran itu sebagai ‘respons lemah’ kepada serangan Amerika ke atas tiga tapak nuklear di Iran pada 21 Jun, tetapi menggesa Iran dan Israel supaya berdamai selepas konflik yang bermula sekitar 12 hari lalu itu.
Israel telah menyerang Iran kerana mendakwa perbuatannya itu wajar untuk menghapuskan keupayaan Iran membangunkan senjata nuklear yang mengancam kewujudan Israel.
Perbuatan itu mendorong Iran untuk bertindak balas dan menyerang Israel. - REUTERS


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg