Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tindakan berdarah junta Myanmar dapat kutukan dunia

Mar 30, 2021 | 05:30 AM



YANGON: Dunia mengutuk tragedi berdarah di Myanmar, yang menyaksikan ratusan individu termasuk kanak-kanak terbunuh selepas junta tentera melepaskan tembakan terhadap penunjuk perasaan.



Menurut laporan media Myanmar Now, dalam pertempuran penunjuk perasaan dengan tentera sempena sambutan Hari Angkatan Tentera kelmarin, lebih 141 orang mati ditembak oleh pasukan keselamatan di seluruh negara itu di 44 bandar merangkumi 15 wilayah. Yangon merekodkan 23 kematian manakala 29 terbunuh di Mandalay.



Angka korban penunjuk perasaan antirampasan kuasa sejak 1 Februari lalu, dilaporkan meningkat kepada 423 orang.



Keadaan bertukar lebih buruk selepas Kaunselor Negara, Cik Aung San Suu Kyi, ditahan sehingga keadaan itu mencetuskan tunjuk perasaan besar-besar di Myanmar, bertujuan menuntut demokrasi dikembalikan.



Berikutan kacau-bilau di Myanmar, menteri pertahanan dalam kalangan 12 negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun dan Australia semalam mengutuk rejim junta kerana menggunakan tekanan yang boleh membawa maut terhadap orang awam.



"Seorang tentera profesional mesti patuh piawaian antarabangsa untuk berkelakuan dan bertanggungjawab melindungi, tidak membahayakan orang awam yang sepatutnya mereka berkhidmat



"Kami mendesak Angkatan Tentera Myanmar supaya menghentikan kekerasan dan berusaha mengembalikan rasa hormat dan kewibawaan terhadap rakyat Myanmar yang telah hilang melalui tindakannya," kata 12 menteri pertahanan itu dalam satu kenyataan bersama.



Susulan tragedi berdarah itu, orang awam yang hendak berkabung dijangka keluar untuk proses pengebumian di serata negara hari ini.



Siri keganasan kian melarat apabila tentera menggunakan peluru hidup di 40 bandar merangkumi sembilan wilayah termasuk bandar besar seperti Yangon, kata Persatuan Bantuan Tahanan Politik (AAPP) iaitu sebuah badan pemantauan tempatan.



Justeru, AAPP menempelak tindakan rejim tentera sebagai tidak berperikemanusiaan kerana melepaskan tembakan menggunakan mesingan sehingga membunuh sekurang-kurangnya 90 orang ke arah kawasan perumahan, mengakibatkan orang awam termasuk enam kanak-kanak berusia 10 hingga 16 tahun maut.



"Fakta menunjukkan rejim tentera yang tidak sah mensasarkan kanak-kanak adalah tindakan tidak berperikemanusiaan," menurut AAPP.



Di bandar Kyeikhto di negeri Mon, AAPP mendakwa seorang wartawan turut ditembak dengan peluru hidup dan mengalami kecederaan di bahagian kaki. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >