Topik diikuti
Pergi ke BHku'Tindakan merahsiakan kejadian yang terburuk dalam sejarah'
'Tindakan merahsiakan kejadian yang terburuk dalam sejarah'
'Tindakan merahsiakan kejadian yang terburuk dalam sejarah'
ENCIK JAMAL KHASHOGGI: Masih menjadi tanda tanya tentang kematian Encik Khashoggi di konsulat Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu. -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Oct 25, 2018 | 5:30 AM
WASHINGTON/NKARA: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, berkata kelmarin bahawa pihak berkuasa Arab Saudi melakukan "tindakan merahsiakan kejadian yang terburuk" dalam pembunuhan wartawan terkemuka Encik Jamal Khashoggi, sedang Amerika berjanji akan membatalkan visa beberapa orang yang dipercayai bertanggungjawab dalam pembunuhan itu.
Encik Trump berkata demikian beberapa jam selepas Presiden Turkey, Encik Tayyip Erdogan, menolak langkah Saudi menyalahkan kematian Encik Khashoggi ke atas komplok penyangak.