Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Tindakan tegas ke atas pedagang M'sia jika jual makanan ada bahan racun, jejas kesihatan

Apr 11, 2023 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Tindakan tegas akan diambil ke atas pedagang jika mereka didapati menjual makanan yang mengandungi bahan beracun, berbahaya atau boleh menjejas kesihatan, kata pengarah jeneral Perikanan.



Datuk Adnan Hussain berkata tindakan itu boleh diambil di bawah undang-undang negara, termasuk Seksyen 13 Akta Makanan 1983, yang membawa hukuman penjara, denda atau kededuanya sekali jika sabit kesalahan.



Menambah, Datuk Adnan berkata penjualan ikan buntal yang diiringi risiko, terutama yang disiapkan oleh pihak yang tidak bertauliah harus diberi perhatian serius.



"Insiden melibatkan ikan buntal yang dimakan termasuk ikan buntal yang dibeli di dalam talian pada November lalu di Selangor," kata beliau pada Isnin, sebelum mengingatkan pihak awam supaya berwaspada.



"Mereka yang membeli ikan di dalam talian, terutama jenis ikan filet, perlu memeriksa teliti jenis ikan yang dibeli itu," kata beliau lagi.



Pada Sabtu, Encik Eng Kuai Sin, 84 tahun, yang berada dalam koma selepas makan ikan buntal meninggal dunia di unit jagaan rapi (ICU) Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom di Kluang, lapor akhbar The Star.



Isterinya, Lim Siew Guan, yang memakan hidangan sama, meninggal dunia pada 25 Mac.



Eng dimasukkan ke ICU selepas makan ikan buntal yang dibeli di dalam talian dari pembekal di Batu Pahat yang mendapatkan bekalan dari nelayan di Endau.



Pengarah Pusat Pengajian Latu dan Pantai di Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Aileen Tan menggesa pihak berkuasa meningkatkan kesedaran dan supaya badan yang relevan memperketat penguatkuasaan.



"Harus ada peraturan berhubung penjualan ikan buntal. Memperuntuk undang-undang yang jelas adalah penting kerana penjual ikan tahu mereka boleh mengaku tidak sedar ada toksin di dalam produk yang dijual mereka," kata beliau.



Profesor Tan, yang juga presiden Persatuan Perikanan, berkata ikan buntal mudah didapati di perairan negara dan ikan yang telah dipotong susah dikenal pasti.



Gabungan faktor ini amat berbahaya bagi pihak awam yang kurang tahu.



Menambah, Profesor Tan berkata seorang bukan pakar tidak akan dapat mengenal pasti jenis ikan apabila ikan telah dipotong.



"Orang awam tidak akan tahu membezakan ikan buntal, melainkan ia masih hidup dan tubuhnya sedang membelon. Selepas ia disiang dan dibersihkan, anda tidak akan tahu jenis ikan apa yang dibeli.



"Semua ikan besar yang dipotong kelihatan sama. Anda boleh bertanya kepada penjual ikan dan jika beliau jujur, beliau akan memberitahu anda.



"Sebaliknya, perkara ini boleh menyebabkan apa yang berlaku kepada pasangan warga tua itu berulang," kata beliau.



Rakan Bumi Malaysia, Cik Meena Raman, berkata perbuatan menjual dan makan ikan buntal yang boleh membawa maut menunjukkan tahap kesedaran awam masih belum memadai.



"Pihak berkuasa perlu melakukan lebih banyak lagi untuk mencegah tragedi sedemikian. Penjual ikan yang menjual ikan kepada pembeli yang kurang tahu harus dikenakan tindakan.



"Jabatan Perikanan harus mempergiat usaha untuk mendidik nelayan supaya tidak menangkap ikan buntal, sementara pihak berkuasa setempat harus memeriksa ikan yang dijual di pasar untuk memastikan ikan sedemikian tidak dijual," kata beliau.



Pengerusi jawatankuasa kesihatan dan perpaduan Johor, Encik Ling Tian Soon, berkata siasatan ke atas kematian pasangan warga emas itu sedang dijalankan dan menambah Jabatan Kesihatan Johor akan mengambil tindakan sebaik sahaja siasatan selesai.



"Jabatan itu telah menjalankan siasatan untuk mengenal pasti pembekal, pedagang borong dan penjual ikan buntal," kata beliau. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >