Topik diikuti
Pergi ke BHkuTinjauan: CEO dunia yakini prospek pertumbuhan

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jan 18, 2017 | 5:30 AM
DAVOS (Switzerland): Ketua eksekutif sejagat kini lebih yakin mengenai ekonomi dan prospek jangka pendek syarikat masing-masing berbanding setahun lalu, walaupun pergolakan politik baru-baru ini mendahului kebimbangan jangka panjang.
Tinjauan PricewaterhouseCoopers (PwC) ke atas lebih 1,400 Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang dikeluarkan semalam, sehari sebelum Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Davos, mendapati 29 peratus daripada mereka menjangkakan pertumbuhan ekonomi akan meningkat tahun ini, berbanding 27 peratus tahun lalu.
