Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tinjauan dapati tahap percaya antara rakyat Palestin, Israel sangat rendah

Apr 05, 2022 | 05:30 AM



PALESTIN dan Israel terus berdepan keadaan mencabar lagi rumit dalam mencapai matlamat pembentukan dua negara berdaulat, saling berjiran dan menikmati kehidupan yang aman dan selamat.



Ini kerana, hasil tinjauan yang dibuat ke atas sejumlah rakyat Palestin dan Israel terhadap reaksi mereka berhubung pembentukan dua negara merdeka itu, mencatat paras terendah sejak proses damai Oslo berlangsung hampir tiga dekad atau 29 tahun lalu, pada 1993.



Hasil tinjauan bersama yang dilakukan penyelidik Palestin; Pusat bagi Penyelidikan Dasar dan Tinjauan Palestin (PSR - Palestinian Centre for Policy and Survey Research) dan Israel, Pusat Makro bagi Ekonomi Politik (MCPE - Macro Center for Political Economics) dan dibentangkan pada September 2021 menunjukkan, wujudnya tahap saling percaya yang sangat rendah antara kedua-dua khalayak ini.



"Konteks kedua-dua masyarakat, Israel dan Palestin, adalah sangat berbeza, yang membawa kepada keputusan berbeza.



"Dapatan daripada tinjauan Israel menunjukkan kepercayaan lazimnya ditentukan oleh pelbagai kepercayaan psikologikal, sikap dan emosi yang dibentuk dan diajarkan dalam pembudayaan politik, pendidikan dan sosial yang boleh ditanggapi sebagai satu budaya bercanggah.



"Warga Israel kurang menghadapi kesukaran ataupun keganasan dalam kehidupan sehari-hari kerana kehidupan mereka berlangsung dalam konteks yang sangat berbeza dan mereka menjalani kehidupan rutin - kehidupan biasa dalam sebuah konflik," kata PSR dalam kenyataannya.



Dapatan dari kalangan warga Palestin pula kata pusat penyelidikan itu, menunjukkan adanya hubung kait dengan rasa saling tidak percaya yang meluas di satu pihak, dan "di satu pihak lain pula, menyentuh keadaan hidup yang sukar, keadaan yang terdedah kepada keganasan dan tanggapan negatif terhadap sistem pendidikan di pihak sebelah sana", kata PSR.



Tinjauan ini melibatkan seramai 1,560 orang dewasa termasuk 592 remaja Palestin yang ditemuduga secara bersemuka di Tebing Barat, Timur Baitulmakdis dan Jaluran Gaza, di 120 lokasi yang dipilih secara rawak.



Kadar kesilapan adalah +/-3 peratus.



Di pihak Israel pula, ia melibatkan 1,201 orang dewasa, di mana 272 adalah remaja yang diwawancara menerusi Internet oleh Rafi Smith menggunakan Hebrew dan Bahasa Arab.



Menurut PSR, gabungan fail data Israel dan Palestin telah ditimbangkan semula bagi mencerminkan saiz seimbang pelbagai kumpulan dan umur dalam masyarakat Palestin dan Israel, dan untuk mencerminkan, bagi masyarakat Yahudi Israel, pembahagian demografik dan pecahan agama dan sekular.



Kadar kesilapan adalah +/-3.34 peratus.



"Apabila dikaitkan sokongan untuk keamanan dengan paras kepercayaan, akan timbul hubung kait positif yang kuat - lebih tinggi rasa percaya, lebih tinggi sokongan untuk keamanan; dan lebih rendah kepercayaan, makin rendah sokongan untuk keamanan," kata PSR yang mengongsi hasil tinjauan di laman rasminya di https://www.pcpsr.org/.




"Konteks kedua-dua masyarakat, Israel dan Palestin, adalah sangat berbeza, yang membawa kepada keputusan berbeza.

Dapatan daripada tinjauan Israel menunjukkan kepercayaan lazimnya ditentukan oleh pelbagai kepercayaan psikologikal, sikap dan emosi yang dibentuk dan diajarkan dalam pembudayaan politik, pendidikan dan sosial yang boleh ditanggapi sebagai satu budaya bercanggah."

- Pusat bagi Penyelidikan Dasar dan Tinjauan Palestin (PSR - Palestinian Centre for Policy and Survey Research) dalam kenyataanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >