Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tinjauan: Lebih separuh juruterbang tidak terbang

Jan 30, 2021 | 5:30 AM
SEKTOR PENERBANGAN TERJEJAS: Sebuah pesawat Dreamliner Boeing 787 milik British Airways dilihat terbang melintas sebuah hotel di Lapangan Terbang Heathrow dekat London. - Foto AFP
SEKTOR PENERBANGAN TERJEJAS: Sebuah pesawat Dreamliner Boeing 787 milik British Airways dilihat terbang melintas sebuah hotel di Lapangan Terbang Heathrow dekat London. - Foto AFP -

LONDON: Lebih separuh juruterbang pesawat di dunia kini tidak lagi terbang sebagai mata pencarian mereka di tengah-tengah kemerosotan permintaan semasa pandemik koronavirus ini, menurut satu tinjauan baru, dan mereka yang masih terbang pula rasa kurang dihargai oleh majikan mereka.

Satu tinjauan yang melibatkan hampir 2,600 juruterbang oleh Goose Recruitment yang berpangkalan di Britain dan penerbitan industri FlightGlobal, yang dikeluarkan kelmarin, mendapati hanya 43 peratus melakukan tugas sebagai juruterbang, dengan 30 peratus menganggur, 17 peratus diberi cuti daripada bertugas dan 10 peratus bekerja dalam peranan bukan terbang.

Ramai juruterbang yang masih bekerja telah menghadapi keadaan kerja yang merosot.

Syarikat Cathay Pacific Airways Hong Kong, misalnya, mengenakan potongan gaji tetap sehingga 58 peratus, dan Turkish Airways dan Singapore Airlines telah memotong gaji buat sementara waktu.

"Kami boleh lihat kesan pandemik terhadap juruterbang yang bekerja juga," kata ketua pegawai eksekutif dan pengasas Goose Recruitment, Encik Mark Charman, dalam satu kenyataan.

"Ramai yang rasa tidak terjamin tentang pekerjaan mereka, semakin ramai yang merancang mencari peranan baru tahun ini, dan ramai yang juga rasa kurang dihargai oleh majikan mereka," tambahnya.

Bagi juruterbang yang menganggur dalam tinjauan itu, 84 peratus berkata ia adalah disebabkan pandemik ini.

Sebelum Covid-19 melanda, terdapat kekurangan kakitangan juruterbang yang meluas dan ini meningkatkan permintaan bagi juruterbang dan membawa kepada gaji dan keadaan bekerja yang lebih baik.

Kini, 82 peratus juruterbang yang menganggur berkata mereka akan menerima potongan gaji bagi peluang baru, menurut tinjauan itu.

Bagi mereka yang masih ada pekerjaan, juruterbang di Eropah dilaporkan golongan yang paling tertekan oleh Covid-19, dengan responden menyebutkan risiko dijangkiti virus, peraturan yang tidak teratur dan kemungkinan diletakkan di bawah kuarantin semasa giliran bekerja sebagai antara keprihatinan mereka.

Sebanyak 40 peratus juruterbang berkata kesihatan mental mereka terjejas oleh pandemik itu, dengan angka itu lebih tinggi dalam kalangan juruterbang muda.

"Tahap stres dan kebimbangan yang ditimbulkan oleh pandemik ini telah secara tetap melemahkan pandangan saya terhadap kehidupan," kata seorang juruterbang yang ditinjau. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg