Topik diikuti
Pergi ke BHkuTinjauan: Taraf hidup di 29 bandar utama dunia merosot
Tinjauan: Taraf hidup di 29 bandar utama dunia merosot
Tinjauan: Taraf hidup di 29 bandar utama dunia merosot

ANTARA BANDAR DUNIA YANG TERJEJAS: Ketidakstabilan dan kebimbangan mengenai pengganasan telah menjadikan kehidupan lebih mencabar di banyak bandar utama di dunia, termasuk Paris, sejak setahun lalu, - Foto AFP -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Aug 19, 2016 | 5:30 AM
LONDON: Ketidakstabilan dan kebimbangan mengenai pengganasan telah menjadikan kehidupan lebih mencabar di banyak bandar utama di dunia sejak setahun lalu, menurut firma penyelidikan Economist Intelligent Unit (EIU).
Menurut firma yang berpangkalan di London, Britain, itu, keadaan di 29 bandar utama di dunia telah merosot, kata EIU dalam laporannya yang disiarkan semalam, dengan kedudukan negara di Barat Eropah dan Amerika Syarikat terjejas dengan serangan pengganas dan ketegangan sosial.