Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tipu cinta: Warga China ditangkap di Thai

Aug 31, 2023 | 01:05 PM



BANGKOK: Polis Thailand melakukan serbuan ke atas beberapa buah rumah dan premis perniagaan yang disyaki ada kaitan dengan kumpulan penipuan percintaan Thailand dan negara asing, dan merampas aset bernilai kira-kira 1 bilion bhat ($38.64 juta).


Rampasan itu termasuk 16 buah rumah mewah di kawasan Krungthep Kreetha, Bangkok, bernilai 600 juta bhat, bersama beberapa buah kereta mewah, di 30 lokasi, yang disasarkan di wilayah Bangkok, Samut Prakan dan Udon Thani pada 30 Ogos.

Kira-kira 200 pegawai dari Biro Siasatan Jenayah Siber (CCIB), pegawai anti-pengubahan wang haram dan pendakwa raya, menyertai serbuan itu.

Leftenan Jeneral Jirabhop Bhuridej, pesuruhjaya Biro Siasatan Pusat (CIB), berkata selepas serbuan itu, 12 rumah mewah itu, masing-masing bernilai 50 juta bhat, disyaki dibeli dengan wang “haram” yang didakwa ditipu daripada mangsa dalam penipuan percintaan, dikendalikan oleh kumpulan Cina, dan dicuci oleh firma guaman Thailand yang dimiliki oleh warga China.

Beliau berkata bahawa kumpulan itu biasanya menyasarkan wanita kaya dan memikat mereka untuk melabur dalam spekulasi mata wang kripto, dengan menjanjikan pulangan yang tinggi, tetapi mangsa akhirnya mendapati bahawa mereka telah ditipu.

Wang daripada mangsa didakwa dicuci melalui firma guaman Thailand, kebanyakannya dengan membeli rumah mewah.

Polis turut menahan seorang model Thailand, yang dikenali sebagai “Cik Chakrina”, aka “Ki-Ki Maxim”, kerana didakwa terlibat dengan kumpulan penipuan percintaan.

Menurut polis, serbuan itu dibuat berikutan aduan seorang wanita Thailand yang dipujuk supaya mengikuti pelaburan wang kripto.

Siasatan lanjut mendapati kumpulan penipu itu telah membuat beberapa transaksi menukar wang kripto kepada mata wang bhat.

Wang itu kemudian digunakan untuk membeli rumah-rumah mewah di wilayah berdekatan dan kereta mewah. Siasatan lanjut masih diteruskan.

Pada Rabu, puluhan warga China ditahan di Indonesia kerana disyaki mengendalikan sindiket penipuan cinta yang menjerat ratusan mangsa di China.

Bertindak atas maklumat daripada polis China, polis Indonesia menahan 83 lelaki dan lima wanita di sebuah taman perindustrian di bandar Batam di wilayah Kepulauan Riau pada Selasa – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >