Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tipu dalam talian: Lebih 20 warga Jepun ditahan di Kemboja

Sep 15, 2023 | 2:11 PM
PENIPUAN SIBER: Sebuah pusat peranginan di Sihanoukville, Kemboja, di mana 19 warga Jepun dipercayai menjadi anggota kumpulan penipuan menginap dan kemudian dihantar pulang ke Tokyo.
PENIPUAN SIBER: Sebuah pusat peranginan di Sihanoukville, Kemboja, di mana 19 warga Jepun dipercayai menjadi anggota kumpulan penipuan menginap dan kemudian dihantar pulang ke Tokyo. - Foto KYODO

PHNOM PENH: Lebih 20 warga Jepun telah ditahan pihak berkuasa Kemboja, kerana didakwa melakukan penipuan menggunakan sebuah apartmen di Phnom Penh sebagai hab mereka, kata sumber siasatan.

Tindakan itu diambil selepas Kedutaan Jepun di Kemboja menyampaikan maklumat kepada pihak berkuasa tempatan, tentang kewujudan warga Jepun yang terlibat dalam penipuan dalam talian, menurut sumber.

Terdapat beberapa siri kes di mana kumpulan penipuan Jepun didapati menggunakan negara Asia Tenggara sebagai tempat persembunyian.

Pada April lalu, pihak berkuasa Kemboja menghantar pulang 19 warga Jepun atas dakwaan mereka terlibat dalam penipuan telefon, dan mereka telah ditangkap sebaik sahaja kembali ke Jepun.

Dalam kes terkini, pihak berkuasa tempatan menyerbu sebuah kemudahan di ibu negara Kemboja malam Isnin lalu, dan menemui sejumlah warga Jepun dan beberapa warga Vietnam di sana.

Ada yang sempat melarikan diri dari tempat kejadian.

Pihak berkuasa juga telah merampas telefon bimbit, komputer riba dan beberapa dokumen.

Seperti kes sebelum ini, suspek Jepun berkemungkinan akan dihantar pulang.

Industri penipuan siber atau dalam talian semakin pesat berkembang di Kemboja meskipun pihak berkuasa di negara itu dikatakan mengetahui mengenai kegiatan berkenaan.

Sepanjang 2023, puluhan negara melaporkan kumpulan penjenayah yang beroperasi di Kemboja telah memperdaya berpuluh-puluh ribu orang ke negara itu.

Mereka menjanjikan pekerjaan bergaji tinggi dan perumahan percuma. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg