Tipu ijazah: Timbalan Menteri Luar M'sia digesa letak jawatan
Premium
Tipu ijazah: Timbalan Menteri Luar M'sia digesa letak jawatan
Feb 9, 2019 | 5:30 AM
HADAPI TEKANAN: Datuk Marzuki kini hadapi tekanan berikutan isu 'ijazah Cambridge' beliau, dengan pembangkang mahu beliau meletak jawatan. - Foto THE STAR -
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Luar Malaysia, Datuk Marzuki Yahya, sedang terjebak dalam isu 'ijazah Cambridge' beliau, dengan pembangkang mahu beliau meletak jawatan sementara partinya menyifatkan isu itu "bukan masalah besar".
Latar belakang pendidikan Datuk Marzuki menarik perhatian setelah keraguan dibangkitkan di media sosial mengenai ijazah jarak jauh dalam pentadbiran perniagaan daripada universiti berprestij Britain, Universiti Cambridge, yang sebelum ini disenaraikan pada profil beliau di Wikipedia.

