Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:30
Penyenggaraan yang dijadualkan: Kami sedang mempertingkat sistem mySPH untuk memberi anda khidmat log masuk lebih lancar. Sebahagian akses bagi log masuk ke mySPH akan terjejas dari 02 / Mar / 21 12:30 PG hingga 02 / Mar / 21 06:00 PG. Anda perlu log masuk semula selepas tempoh penyenggaraan ini. Untuk mendapatkan bantuan, sila tinggalkan butiran hubungan anda di sini dan kami akan hubungi anda. Terima kasih.
Dunia0

TMJ dan isteri timang anak ketiga

Jul 17, 2019 | 11:35 AM

JOHOR BARU: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan isterinya, Che’ Puan Khaleeda Bustamam, menyambut kelahiran anak ketiga mereka hari ini (17 Julai).

Menerusi laman Facebook rasmi beliau, TMJ memuat naik gambar beliau dan isteri bersama bayi lelaki mereka.

“Alhamdulilah. YM Che’ Puan Khaleeda telah selamat melahirkan seorang Putera Raja. Allah Peliharakan Sultan,” katanya.

Anak sulung pasangan itu, Tunku Khalsom Aminah Sofiah Ibni Tunku Ismail, dilahirkan pada 25 Jun 2015.

Berita Popular

Anak kedua mereka pula, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail, dilahirkan pada 14 Oktober 2017 dan dilantik sebagai Raja Muda Johor oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, November lalu.

TMJ, 35 tahun, dan Che’ Puan Khaleeda, 26 tahun, berkahwin di Istana Bukit Serene pada 24 Oktober 2014.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map