Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TMJ kagum pengetahuan dan profesionalisme ahli politik S’pura

Oct 31, 2023 | 08:27 PM



Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkata beliau mengagumi ahli politik Singapura kerana pengetahuan dan profesionalisme mereka, sambil menambah hubungan antara Malaysia dan Singapura akan terus kekal rapat.

Dalam satu podcast yang dikeluarkan pada Ahad, Tunku Ismail berkata pemerintah Singapura beroperasi pada tahap yang diimpikan negeri Johor.

Beliau berkata menerusi pertemuan dengan menteri atau mana-mana pegawai pemerintah dari Singapura, “untuk melihat kelayakan, pengetahuan dan profesionalisme sedemikian dalam setiap agensi”, ia sesuatu yang beliau inginkan.

“Saya ingin lihat hal sedemikian (di Johor). Saya tidak melihat mereka sebagai pesaing, saya melihat mereka sebagai platform yang saya ingin capai,” ujarnya.

Beliau memberi contoh keupayaan pemimpin Singapura yang fasih menutur pelbagai bahasa dan berkata ia berbalik kepada pendidikan.

Tunku Ismail menambah sistem pendidikan di Johor adalah salah satu aspek yang beliau ingin perbaiki.

Beliau berkata demikian dalam podcast Keluar Sekejap pada Ahad bersama bekas menteri kesihatan Malaysia, Encik Khairy Jamaluddin, dan bekas ketua penerangan Umno, Encik Shahril Hamdan.


Episod tersebut mengetengahkan perihal Tunku Ismail dan pemikirannya tentang politik di peringkat persekutuan dan negeri, serta pengalaman latihan ketenteraannya di India.

Podcast itu disiarkan dua hari selepas ayahnya, Sultan Ibrahim Iskandar, dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong  Malaysia seterusnya.

Apabila Sultan Ibrahim menjadi Agong ke-17 pada 31 Januari 2024, Tunku Ismail dijangka menggantikan beliau sebagai Sultan Johor seterusnya.

Tunku Ismail berkata hubungan mesra antara Johor dan Singapura – yang bermula sejak beberapa dekad lalu apabila arwah datuknya menjadi Sultan Johor – akan diteruskan, dengan projek infrastruktur akan datang termasuk Laluan Sistem Transit Laju (RTS).

RTS, yang dijangka siap menjelang akhir 2026, menghubungkan stesen Bukit Chagar di Johor Bahru dan stesen MRT Woodlands North – ia dijangka mengurangkan kesesakan di Koswe dan perjalanan sehala mengambil masa sekitar lima minit.

Beliau berharap projek itu, bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), akan memudahkan perjalanan orang ramai antara Singapura dan Malaysia.


Pada awal Oktober, Tunku Ismail mengucapkan terima kasih kepada Singapura apabila beliau dan keluarganya mendapatkan keselamatan di Kedutaan Singapura di Bangkok selepas kejadian tembakan di pusat beli-belah Siam Paragon.

Beliau turut membuat lawatan rasmi tiga hari ke Singapura pada Julai dan bertemu Perdana Menteri Lee Hsien Loong serta melawat unit komando Angkatan Bersenjata Singapura sebagai pegawai pemerintah Angkatan Tentera Johor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >