Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Tolak andaian kerjasama DAP, Umno sebagai 'kahwin paksa'

Apr 19, 2023 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Hubungan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Umno tidak boleh diibaratkan sebagai 'kahwin paksa', sebaliknya ia kerjasama politik bagi mewujudkan satu Kerajaan Perpaduan yang stabil.



Setiausaha Agung DAP, Encik Anthony Loke, menempelak dan mengingatkan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bahawa kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) dibuat atas nasihat Yang di-Pertuan Agong.



"Janganlah sebagai bekas perdana menteri, adakah beliau mahu lihat perpecahan dalam Kerajaan Perpaduan.



"Dalam apa juga kerjasama termasuk dalam Kerajaan Perpaduan, kami seboleh-bolehnya cuba untuk kukuhkan hubungan itu," katanya semasa satu sidang media.



Menurut laporan media sebelum ini, mantan perdana menteri Datuk Ismail Sabri mendakwa 'kahwin paksa' antara Umno dengan DAP tidak akan berjaya sama ada di peringkat kepimpinan tertinggi atau di peringkat akar umbi.



Mantan Naib Presiden Umno itu berkata beliau sudah mula melihat keretakan 'perkahwinan paksa' itu selepas wujud serangan secara terbuka antara pemimpin parti kerajaan ketika ini.



Ahli Parlimen (AP) Bera itu merujuk kepada kerajaan perpaduan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan berkata terdapat kemungkinan keretakan ini akan membawa kepada "perpecahan kekal".



"Apa sahaja yang kita lakukan, ia mestilah dengan saling menyayangi. Perkahwinan paksa tidak akan dapat bertahan lama.



"Perkahwinan paksa seperti ini (antara bekas parti politik yang bertelagah) - jika tiada cinta bersama - akan retak dan akan berlaku perpecahan kekal," tambah Datuk Ismail Sabri pada Ahad.



Mengulas lanjut, Encik Loke berkata semua gabungan dalam Kerajaan Perpaduan adalah parti berlainan tetapi masing-masing meraikan perbezaan dan ia dilaksanakan dengan matang.



Ditanya sama ada wujud arahan untuk menghalang mana-mana pemimpin DAP daripada bersuara, Encik Loke berkata mereka berhak menyampaikan pandangan masing-masing.



"Saya tidak melihat wujudnya 'perang' antara DAP dan Umno, ia hanya meluahkan pandangan.



"Saya tidak boleh letak arahan mana-mana pemimpin untuk tidak bersuara. Saya dapati pandangan dikemukakan itu adalah pendapat peribadi," katanya.



Selain itu, Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar, berkata kerjasama antara dua gabungan itu sepatutnya dianggap sebagai perkahwinan yang diatur 'orang tua', yang mempertemukan jodoh antara PH dan BN.



"Saya penuh yakin apa yang saya sebut selama ini, (kerjasama PH dan BN) bukan kahwin paksa, ini adalah perkahwinan hasil jodoh yang dipertemukan oleh orang tua, orang tua yang dimaksudkan adalah Yang di-Pertuan Agong.



"Baginda yang mempertemukan jodoh kami dan insya-Allah percintaan selepas pernikahan ini akan lebih intim dan membawa kebahagiaan kepada kerukunan rumah tangga," katanya. - BHM, The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >