Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tonga mungkin jalani perintah berkurung susuli pengesanan kes Covid-19 pertama

Oct 30, 2021 | 02:56 PM



NUKU'ALOFA, TONGA: Warga negara Tonga berpusu-pusu membanjiri pusat vaksinasi pada Sabtu (30 Oktober) selepas kerajaan gugusan pulau Polynesia (terdiri daripada 170 pulau Pasifik Selatan) itu memberi amaran kepulauan utama Tongatapu mungkin menjalani perintah berkurung minggu depan selepas melaporkan kes Covid-19 pertama.



Individu yang dijangkiti adalah antara 215 orang dalam penerbangan penghantaran balik dari kota Christchurch di New Zealand.



Satu ujian rutin telah dijalani individu itu setibanya di Tonga  pada Khamis (28 Oktober). Beliau telah menjalani pengasingan wajib yang terurus sebelum didapati positif Covid-19 keesokan harinya.



Perdana Menteri Tonga, Pohiva Tuioneta, memberi amaran kepada penduduk pulau pada Sabtu agar mempersiapkan diri mereka bagi kemungkinan kawasan kepulauan itu menjalani perintah berkurung seandainya lebih banyak kes dikesan.



Namun, beliau berkata tiada keperluan bagi tindakan segera kerana ia mengambil masa lebih daripada tiga hari untuk individu yang dijangkiti virus menjadi mudah menjangkiti orang lain.



"Kita harus menggunakan masa ini untuk bersiap sedia seandainya lebih ramai orang disahkan mempunyai virus berkenaan," katanya.



Kerajaan Pasifik yang kecil ini, sekitar 1,800 kilometer dari timur laut New Zealand itu, adalah antara segelintir negara yang bebas daripada Covid-19 yang menjejas berbilion penduduk merata dunia dan meragut hampir lima juta nyawa.



Hanya sepertiga penduduk Tonga yang seramai 106,000 orang, yang kebanyakannya menetap di Tongatapu, telah menjalani vaksinasi Covid-19 seganda atau lengkap divaksin.



Namun berita mengenai kes pertama yang dikesan dalam pengasingan terurus ini membuatkan ribuan penduduk bergegas untuk menjalani vaksinasi.



"Kami telah mendekati masyarakat beberapa kali tetapi hanya beberapa orang hadir ke lokasi vaksinasi. Namun, semalam dan hari ini keadaannya sangat baik, pusat kami penuh. Ia pencapaian terbaik," jelas penyelaras imunisasi nasional Tonga, Afu Tei.



Menurutnya, hampir 2,000 orang menjalani vakasinasi pada Jumaat malam dan Sabtu.



Pegawai hospital juga telah mengesahkan bahawa warga Tonga yang dijangkiti itu juga sudah lengkap divaksin dan menerima suntikan kedua sekitar pertengahan Oktober.



Ketua Eksekutif Kementerian Kesihatan Tonga, Dr Siale Akau'ola, berkata walaupun vaksinasi kedua hanya berkesan sepenuhnya dalam masa dua minggu selepas suntikan dibuat, pihaknya percaya individu ini tidak akan sakit secara serius atau capai tahap berbahaya.



Semua pekerja kesihatan, polis dan kakitangan lapangan terbang yang bertugas apabila penerbangan itu tiba telah dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga, kata Dr Akau'ola.



Kementerian Kesihatan New Zealand mengesahkan individu yang dijangkiti itu diuji negatif Covid-19 sebelum penerbangannya berlepas dari Christchurch, di mana hanya empat kes Covid-19 dikenal pasti pada ketika itu dengan kesemuanya dalam isi rumah yang sama.



Penerbangan penghantaran pulang itu termasuk anggota pasukan Olimpik Tonga yang terkandas di Christchurch sejak Sukan Olimpik Tokyo.



Olahragawan yang terlibat sudah lengkap divaksin sebelum berlepas ke Jepun.



.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >