Topik diikuti
Pergi ke BHkuToys 'R' Us Inc mohon perlindungan muflis
Premium
Toys 'R' Us Inc mohon perlindungan muflis
Toys 'R' Us Inc mohon perlindungan muflis

ALAMI KESUKARAN: Tindakan rakaian kedai menjual barang permainan terbesar Amerika Syarikat Toys 'R' Us membayangkan kegawatan industri runcit itu yang dibayangi oleh perniagaan dalam talian. - Foto AFP -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Sep 20, 2017 | 5:30 AM
NEW YORK: Rangkaian kedai menjual barang permainan terbesar Amerika Syarikat, Toys 'R' Us Inc memfailkan perlindungan muflis, petanda baru kegawatan dalam industri runcit yang kini dibayangi oleh cengkaman perbelanjaan secara dalam talian dan rangkaian diskaun.
Namun operasi runcit di luar Amerika dan Canada, termasuk lebih 255 kedai berlesen dan perkongsian di Asia, yang merupakan entiti berasingan, tidak termasuk dalam permohonan itu, menurut Toys 'R' Us.
