Premium
Trafik antara negeri meningkat di M'sia
Sekatan perjalanan antara sempadan ditarik balik lepas situasi Covid-19 tambah baik
Jun 11, 2020 | 5:30 AM
PETALING JAYA: Trafik antara negeri meningkat apabila rakyat Malaysia melakukan perjalanan sama ada balik ke kampung atau untuk percutian pendek setelah kerajaan menarik balik larangan perjalanan antara negeri semalam (10 Jun).
Polis dan pihak berkuasa lebuh raya bersedia sepenuhnya untuk memastikan kelancaran lalu lintas di lebuh raya dan jalan raya utama, terutama hujung minggu ini, kerana trafik dijangka meningkat lagi.

